Sahabat andai

Wednesday, June 7, 2017

Review buku : fragile by syira lokman

"
Manusia,
Sering kali laju berkata-kata,
Menilai insan lain ketika kali pertama berjumpa,
Ibarat mengenalinya berpuluh tahun.

Manusia,
menghukum insan lain yang dilihat buruk,
Hingga lupa segala kebaikannya.

Hari ini kita melihat seseorang marah atau melenting.
"teruknya dia, hal kecil macam tu pun marah."
"memang la dia buat salah,tapi tak perlulah nak over tengking macam tu."
"dia ingat dia tak pernah buat salah ke,nak hukum orang lain macamtu?"

Dihati,kita mungkin sangka dia seorang yang tidak sabar,namun hakikatnya,banyak yang tidak kita ketahui dan fahami. Selama hidupnya,mungkin dia telah lama bersabar.

Dulu seratus kali dia menahan sabar,tetapi hari ini ketika perkara sama yang menyakitkan hati berlaku lagi buat keseratus satu kali,dia marah dan mula memaki.
Kita mengandaikan dia tidak sabar,
Mungkin kita lupa dari serstus satu kali itu,hanya sekali yang terakhir itu sahaja dia tidak mampu menahan amarahnya.

Mengapa dilupakan seratus kali kesabarannya?
Mengapa dinilai buruknya yang sekali itu,jika dibandingkan dengan seratus kali kesabaran jiwanya?

Fahamilah,
Jiwa manusia mana yang mampu bersabar sehebat Baginda.
Kita hamba yang belum kuat hatinya.
Janganlah menghukum jika tidak pernah alami sakit yang dia rasa.
Jangan berkata, jika belum pernah melihat situasi sebenar yang dihadapinya.

Lihat dan fahamilah.
Kita manusia,pasti ada ketikanya kita diuji dengan situasi yang menyebabkan kita kecewa dan marah.
Pasti ada masanya kita juga tidak mampu menahan sabar yang telah lama terpendam dalam jiwa.

Kita manusia,
Pasti ada tahap kesabarannya.

Jangan menghukum kerana itu urusan Tuhan.
Pengadilan manusia tidak seadil pengadilan Tuhan.
Kita perlu belajar bersabar,bersabar daripada menilai manusia tanpa mengenalinya."


Petikan bab 'tidak sabar atau terlalu banyak bersabar?' dalam buku fragile by syira lokman...

Salah seorang rakan blogger yang sentiasa memberi manfaat kepada lia.z since daripada zaman u lagi...

Sedang mencari buku serenity untuk tambah input lagi padahal serenity adalah keluaran pertama beliau...dek kekangan masa,baru hari kelmarin dapat ambik dan beli untuk santapan..

Beliau juga ada bertanya,bab mana yang paling best...bab yang atas ni lahh antara bab yang menjelaskan situasi lia.z yang sering berlaku dalam diri lia.z...sering berlaku apabila ada salah faham sampai rasa dah lali dah nak berlawan mulut/hujah...diam itu lebih baik..

Selebihnya banyak jugak bercerita tentang perhubungan antara kawan-kawan,ibu bapa dan cinta..

Ya cinta yang selalunya memang akan ada juga masalah walaupun sedang berbahagia..yang kita tidak tahu sejauh mana keseriusan kita dalam sesuatu perhubungan...

Hal ini sememangnya lia.z tak berani nak mengulas kerana diri ni sudah lama,sudah cukup lali untuk terus difikirkan...
Sudah malas/tawar hati untuk percaya dia adalah jodoh yang Tuhan bagi..bukan nak kata tak percaya kuasa Allah..maksudnya,jodoh itu rahsia Allah...
Biarlah yang menentukan itu Tuhan sahaja..taknak dah jadi seseorang yang suka untuk merancang bagi menghalalkan sesuatu hubungan..taknak dah jadi seseorang yang suka berangan-angan dengan benda yang belum pasti..
Taknak dah bersedih hati,padahal dah cuba tapi sedih dia tu,taktahu nak cakap macammana..mungkin Hanya Tuhan sahaja yang tahu..

Sabar naa,fokus kerjaya dulu..tengok dekat wishlist,nak buat rumah sebijik...kasi fokus dulu rumah sebijik baru fikir perhubungan...kalau kita percaya rezeki Allah SWT tu ada..in sha Allah...ada....

Ya zakiah kuat.

Baiklah,setakat itu sahaja review untuk buku fragile by syira lokman.










Yang terasa kuat dan boleh bangkit,

Lia Zakiah Cerdik

No comments:

Post a Comment