Sahabat andai

Sunday, June 25, 2017

Salam Aidilfitri 1438H.2017

Assalamualaikum..
Kemain dalam masa satu hari sahaja dah bergambar sangat banyak gmbr dripada beratus dah jadi 2k...what a shock people..
Tapi tak semua boleh share..malam ni kerja menapis gambar-gambar yang goyang lahh,tidolahh adui macam-macam..kelakar...
Rasanya last share gambar raya dalam blog ialah 2013...
Selebihnya share kt fb...itu pun tak semua sis lia.z share...
Hmmm..tak kisahlah macammana pun..
Blog ini diupdate menggunakan fon sahaja,so lack untuk up gambar...asyik not responding je..
So setakat nak wish..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1438H
MAAF ZAHIR DAN BATIN
BUAT YANG MENGENALI SIS LIA.Z,LIA ZAKIAH CERDIK,TICER LIA,CIKGU AMALIA..
Tiada apa yang special untuk anda semua,hanya kemaafan jika terkasar bahasa.tertulis benda bukan-bukan...terbaca benda yang tak ada kena mengena pun dengan awak...ha,awak tu yang tengah baca,yang tengah rindu...rindu sangat,awak pun rindu saya kan?kalau tak saya takkan rasa rindu teruk seperti ini...ya Allah,berikanlah rahmat buat awak yang baca ini..
Ya Allah,sampaikanlah salam rindu ini pada awak yang saya rindui itu...amin..


First family's potrait


The dara 


The siblings who come back here while the other going to in law house #takcukupkorum


My hero


Bila awak nak cukupkan korum?


Tunggu awak datang rumah..Bila?


Jom pergi beraya rumah pakcik and pokde


Half of pakcik's families



Sempat bergambar dengan mokde sahaja,pokde kat dapur.


Setakat ini sahaja yang lia.z dapat share untuk raya pertama 2017..selebihnya simpan untuk diri sendiri sahaja..






Yang masih cari masa untuk awak,

LIA ZAKIAH CERDIK.


Nota doubleyell last yang tak jadi

Assalamualaikum..

Apa khabar encik yell yang dirindui?..tak kisahlah awak nak siapa-siapa....tapi jangan lupa tanya pada Tuhan,tahu kan caranya macammana?...lia.z harap awak bersabar dalam segala ujian yang berlaku dalam diri awak..segala ujian dalam perhubungan.. Lia.z pun hanya mampu bersabar sahaja.. Memandangkan dah habis bulan ramadan ini, sis lia.z susun sepoloh jari kalau tersilap cakap sampai buat encik yell taknak dah ambik tahu pasal lia.z....takpalahh,encik blog ada sebagai peneman..

Sepanjang hari,setiap malam sis lia.z dah tak boleh tido sebab fikir awak je,cuba sibukkan diri tapi hanya awak je dalam fikiran...perempuan ni jenis banyak fikir kalau awak nak tahu...tapi kalau dia  dy asyik fikir pasal awak,awak rasa dia nak apa?dia nak awaaaaakkk ler kt sisi dia.. Ya Allah,rindu dia tu...mcm lia.z selalu cakap....macam dah bertahun tak jumpa..tahu tak?

Lia.z banyak kali mintak advices from my mom and i was like bcome more confused.and she said if you really like him,just tell him and go with him.. Sis lia.z  memang nak mengaku kat sini,sis lia.z nak encik yell...tapi tak pernah tahu macammana nak bagitahu sebab memang dah bagitahu tapi encik yell macam buat tak tahu je..

Ma cakap,banyakkan bersabar sebab kita masih muda lagi..biasalah bergaduh,tapi dah raya ni takkan nak bergaduh lagi..sepanjang puasa tanpa awak,asik cerita je pasal awak tapi mama cakap takpe sabar je..memang betul-betul eh puasa daripada berhubung dengan awak..

Betul ke baju raya awak warna hitam tahun ni?

Bukan setakat mama je sis mintak advices,adik pun sama...
Malah haritu dia cakap lia.z macam dah kena jampi ( hael husaini)😂😂😂😂😂 dengan encik yell..dia pun asik bukak lagu tu memandangkan sis lia.z ni asik citer pasal encik yell.. Jadinya,untuk nota kali ini, jampi tu lahh lagu tema.hahaha..

Encik yell,series ni....
Bila kita boleh jumpa?
Sis lia.z ada cuti seminggu ini..

Awak nak datang rumah saya tak encik yell?

Nak datang bagitahu dulu,risau tak da kat rumah je nnt sebab pergi beraya rumah orang plaa..

Yang masih merindui,

Lia Zakiah Cerdik
Salam aidilfitri 1438H

Thursday, June 15, 2017

Tidur

Assalamualaikum..

Mood lia.z sekarang ialah perlukan tidur untuk lupakan segala masalah yang ada...

Untuk jauhkan diri daripada orang sebelum ramai lagi orang yang terluka..ramai lagi orang yang kena marah dengan lia.z ramai lagi yang terasa hati dengan lia.z....

Ok dah jom tidur...

Malas dah nak buat post #doubleyell

Mungkin ini nota last untuk awak another half..

Perpisahan itu pada lia.z cuma perkara biasa.sebab sedar diri lia.z ni yang jahat,kasar dan tak jaga hati orang sekeliling..

Buat awak yang saya makin sayang walaupun saya dah cuba menjauhkan diri..saya mengaku kat sini,saya memang jeles.tapi hidup awak...sukahati awaklah...saya bukan siapa-siapa dan awak pun bukan siapa-siapa dalam hidup masing-masing dan masih hanya seorang kawan..kawan biasa je..

Tapi mengenali awak dah cukup buat saya bahagia,sama seperti ex saya buat..
Cukup dah kasih sayang tapi lepas jumpa someone yang dia pernah kenal dulu,hilang dia tahu-tahu dah kahwin...

Kalau awak tahu apa perasaan lia.z sekarang,apa lia.z buat sekarang indah sangat...sekarang lia.z hanya mampu menaip dengan perasaan nak nangis yang amat sangat tapi air mata dah tak mampu nak keluar..
Perlu ke awak buat macamtu untuk bagi saya jeles?untuk bagi saya tak dapat kawal perasaan itu..

Saya nak tido,taknak dah fikir..
Memang kalau jumpa awak je pun,saya memang nak tido je sbb sy taknak fikirkan masalah tu,tapi akhirnya awak pun buat jugak masalah yang sama.
I hope this misunderstood will end by forgiving each other during eidulfitri...

Last request sy,jika awak terbaca post ini,datanglah raya rumah...dan saya nak awak faham,apa perasaan saya semasa menaip post ini.. #nangisataskatil #nangiskatbilikguru #moody #sayarinduawaklahhh #rinduawakkkkkkk #nakpergijumpa

Pergi cari lagu love someone by jason mraz..lagu last untuk awak..

Dah bye..nak tutup mata daripada fikir semua ini..

Assalamualaikum..





Yang dah kecewa tapi rindu,

Lia Zakiah Cerdik

Tuesday, June 13, 2017

Nota #doubleye.LL #4 #doubleyell4

Hayatilah lirik lagu ini jika encik yell baca post ini..
Lia.z tak pernah fikir pun,harta awak,kerja awak,akademik awak,hebat ke tak hebat awak.yang saya nak cuma awak depan mata saya..itu je kot dah cukup..
Lia.z yakin awak boleh bertanggungjawab dan teguh dalam perhubungan tak kisahlah sesiapa pun..cumanya kadang-kadang parents ni dia terlebih risau,anak kesayangan plak tu...sebab tu awak akan rasa satu kekangan besar,padahal lia.z rasa okay je berkawan dengan awak..rasa macam bahagia juga..walaupun sekejap..
Tak kisah lah apa nak jadi dengan awak sekarang...saya belajar untuk jaga hati,jaga emosi tapi lia.z rasa macam makin teruk rasa itu..
Selalu mengadu dengan encik yell kan #nangis.. Tak pernah miss bila rasa macam nak nangis rasa ada problem encik yell tempat mengadu tapi saya tak tahu apa salah saya.apa silap saya sampai awak dah taknak tahu lagi pasal saya..
Kalau saya tak berhati-hati dengan percakapan saya,maafkan saya.lia.z cuma manusia biasa..kalau lia.z xjaga semua ini lia.z takkan share semua benda sesuka hati..sebab lia.z nak jaga..dah cuba dah maafkan tapi perasaan macam ini tetap ada..
Perasaan yang baru je jumpa tapi rasa macam dah lama sangat puluh tahun tak jumpa..
Dah lah,nak tido..malas nak fikir..jangan tak sedar sebab kenapa sis lia.z selalu diam.selalu cerita benda yang takda kena mengena,sebab nak lupakan segala masalah yang ada... Sis lia.z dah mula sayang double ye.ll sbb dah rasa boleh nak move sikit-sikit...tunggulahh bagi peluang lagi enam bulan,macam tak sanggup.. Hmm jadi,maka jadilah..
Percaya takdir Allah itu selalu indah bila kita bersabar..
Assalamualaikum.














Yang masih rasa macam dah lama sangat tak jumpa,
Lia Zakiah Cerdik

Sunday, June 11, 2017

Cabaran cat hall rumah tiga hari

Assalamualaikum...

First of all,rasa teruja sangat dapat siapkan cat hall rumah dalam masa tiga hari....
Tapi balik sekolah kejap lagi nak kena kemas-kemas sepah-sepah yang lia.z buat...pluss ada jugak cat yang tersasar dari landasannya so nak padam sikit-sikit tu..
In sha Allah petang ni fully complete...memang target tiga hari,dan semalam rasa macam tak sangka boleh habiskan semua...

Dengan harini dah masuk sekolah setelah bercuti dua minggu,malam tadi tidur pukul 3..pagi tak bangun sahur terus siap-siap pergi sekolah..moga tabah nak teruskan lagi kerja-kerja petang ni..

Alhamdulillah dapat juga cari jalan untuk melupakan daripada perkara-perkara yang tidak berkenaan..namun harapan tetap punah begitu sahaja selepas siap semuanya...hahaha..

Indahnya kan,tempoh masa siapkan itu sama mcm tempoh untuk move on...3 hari je kot cat,kalaulahh bercinta...bila dah sayang,3 tahun pun belum tentu gaiss boleh move on...
Kadang lia.z rasa orang tak boleh nak go on dengan lia.z sebab sis memang tak boleh move on...asyik ingat kat diaa..

Woi dah la bulan puasa,asyik teringat je..bulan puasa ni cuba lah belajar maafkan...
Sebenarnya dah maafkan,tapi biarlah latih je diri dulu...

Nak sayang,semua orang boleh sayang...tapi nak kekalkan kesetiaan tu bukan mudah,nak mencari orang yang memahami lagi lah susah...
Bila dah sayang,sebenarnya trustworthy kita sangat fragile...makin kita sayang orang tu,makin kita tak percaya dia...misalnya someone yang dulu suka untuk dengar lia.z membebel...and till one day i feel hope is coming but then maybe bcoz of losing my trustworthy ,he only wanna yell at me and abandoned me while im still waiting him here..

Now,we learn how to keep away form meeting and contacting each other..
Also found some doa to make your heart graceful with all your angers that dont wanna know about me anything..u asked me to control my feeling right..
Ive already found my way. And thats not about i cant control my feeling,its about 'Tuhan takkan sentuh satu hati je,jika seorang itu rindu,yang seorang lagi pun mesti rindu'....

Kadang sebab ego,kita jadi taknak mengaku yang kita sayang..tu je..saya takkan rindu kalau awak takkan rindu saya...confirm if awak rindu,saya pun rasa rindu..if sy rindu,confirm awak pun rindu...
I may look like nothing,but i know everything...sometimes people love to see me only on the surface.

I hope ull miss me now and forever..

Tiba-tiba post nak luahkan perasaan rindu,awak,saya dah maafkan..tapi saya tetap nak jauhkan diri dengan awak..sebab saya dah berjanji...biarlah kita jauh..biarlah awak nak buat apa pun...
Hidup awak,sukahatilahh.. Tapi jangan rindu..tu je..


Sebenarnya nak buat kaitan cepat siapkan cat rumah tu...kalaulah nak cat balik hati ini jadi berwarna-warni balik dengan cepat kan best..😂😂😂😂😂
(nada lawak tau,padahal sedih jugak dengan diri sebab tak leh move on seolah-olah mcm xdapat nak maafkan dia)...

Wednesday, June 7, 2017

Review buku : fragile by syira lokman

"
Manusia,
Sering kali laju berkata-kata,
Menilai insan lain ketika kali pertama berjumpa,
Ibarat mengenalinya berpuluh tahun.

Manusia,
menghukum insan lain yang dilihat buruk,
Hingga lupa segala kebaikannya.

Hari ini kita melihat seseorang marah atau melenting.
"teruknya dia, hal kecil macam tu pun marah."
"memang la dia buat salah,tapi tak perlulah nak over tengking macam tu."
"dia ingat dia tak pernah buat salah ke,nak hukum orang lain macamtu?"

Dihati,kita mungkin sangka dia seorang yang tidak sabar,namun hakikatnya,banyak yang tidak kita ketahui dan fahami. Selama hidupnya,mungkin dia telah lama bersabar.

Dulu seratus kali dia menahan sabar,tetapi hari ini ketika perkara sama yang menyakitkan hati berlaku lagi buat keseratus satu kali,dia marah dan mula memaki.
Kita mengandaikan dia tidak sabar,
Mungkin kita lupa dari serstus satu kali itu,hanya sekali yang terakhir itu sahaja dia tidak mampu menahan amarahnya.

Mengapa dilupakan seratus kali kesabarannya?
Mengapa dinilai buruknya yang sekali itu,jika dibandingkan dengan seratus kali kesabaran jiwanya?

Fahamilah,
Jiwa manusia mana yang mampu bersabar sehebat Baginda.
Kita hamba yang belum kuat hatinya.
Janganlah menghukum jika tidak pernah alami sakit yang dia rasa.
Jangan berkata, jika belum pernah melihat situasi sebenar yang dihadapinya.

Lihat dan fahamilah.
Kita manusia,pasti ada ketikanya kita diuji dengan situasi yang menyebabkan kita kecewa dan marah.
Pasti ada masanya kita juga tidak mampu menahan sabar yang telah lama terpendam dalam jiwa.

Kita manusia,
Pasti ada tahap kesabarannya.

Jangan menghukum kerana itu urusan Tuhan.
Pengadilan manusia tidak seadil pengadilan Tuhan.
Kita perlu belajar bersabar,bersabar daripada menilai manusia tanpa mengenalinya."


Petikan bab 'tidak sabar atau terlalu banyak bersabar?' dalam buku fragile by syira lokman...

Salah seorang rakan blogger yang sentiasa memberi manfaat kepada lia.z since daripada zaman u lagi...

Sedang mencari buku serenity untuk tambah input lagi padahal serenity adalah keluaran pertama beliau...dek kekangan masa,baru hari kelmarin dapat ambik dan beli untuk santapan..

Beliau juga ada bertanya,bab mana yang paling best...bab yang atas ni lahh antara bab yang menjelaskan situasi lia.z yang sering berlaku dalam diri lia.z...sering berlaku apabila ada salah faham sampai rasa dah lali dah nak berlawan mulut/hujah...diam itu lebih baik..

Selebihnya banyak jugak bercerita tentang perhubungan antara kawan-kawan,ibu bapa dan cinta..

Ya cinta yang selalunya memang akan ada juga masalah walaupun sedang berbahagia..yang kita tidak tahu sejauh mana keseriusan kita dalam sesuatu perhubungan...

Hal ini sememangnya lia.z tak berani nak mengulas kerana diri ni sudah lama,sudah cukup lali untuk terus difikirkan...
Sudah malas/tawar hati untuk percaya dia adalah jodoh yang Tuhan bagi..bukan nak kata tak percaya kuasa Allah..maksudnya,jodoh itu rahsia Allah...
Biarlah yang menentukan itu Tuhan sahaja..taknak dah jadi seseorang yang suka untuk merancang bagi menghalalkan sesuatu hubungan..taknak dah jadi seseorang yang suka berangan-angan dengan benda yang belum pasti..
Taknak dah bersedih hati,padahal dah cuba tapi sedih dia tu,taktahu nak cakap macammana..mungkin Hanya Tuhan sahaja yang tahu..

Sabar naa,fokus kerjaya dulu..tengok dekat wishlist,nak buat rumah sebijik...kasi fokus dulu rumah sebijik baru fikir perhubungan...kalau kita percaya rezeki Allah SWT tu ada..in sha Allah...ada....

Ya zakiah kuat.

Baiklah,setakat itu sahaja review untuk buku fragile by syira lokman.










Yang terasa kuat dan boleh bangkit,

Lia Zakiah Cerdik

Review buku : rebel dengan tuhan

Kisahnya kelmarin adik lia.z ajak teman dia pergi habiskan kad debit 1 malaysia dia kat popular one segamat...
Maaaakkk lahh masuk-masuk rasa macam ok bestnyer tajuk buku yang ada rasa macam nak beli semua memandangkan sis lia.z memang dah bertahun-tahun tidak ke pesta buku,tidak membeli buku,dan dah habis zaman belajar dan xdapat lagi baucer buku.. #nangis

Memandangkan diri ini tengah asik moody je,asyik nak mengamok je lia.z ikhtiar untuk cari buku untuk mengisi masa lapang di rumah sempena bulan ramadan ini..dapat cekup buku #fragilebysyiralokman sebab adik belanja.....kejap lagi buat post review buku fragile...

Buku fragile beli petang,balik berbuka puasa,kemudian solat magrib terus membaca...baca dengan penuh leka,sekali malam tu jgak habis.....
Letaklah buku fragile kt mini library dalam bilik ni,sekali ternampak buku rebel dengan tuhan... Contact adik,mungkin buku dia,so dia bagi baca...

Start membaca petang semalam,lepastu pada bahagian malam pun sama sambung membaca..still tak habis lagi...
Sambung lagi baca pagi ni,alhamdulillah habis....dan lia.z ada spotted many quotes yang nampak simple tapi sentap dia..adoiii,banyak buat dosa nak kena buat solat taubat banyak-banyak...
Saya bukan sejenis ulat buku tapi saya tetap memerlukan buku untuk self motivation lagi-lagi bila rasa diri ini asyik moody je..asyik nak marah orang je...ada jugak yang pesan,jangan ikutkan perasaan..maap,naturally sifat seorang guru memang tegas tapi kalau degil sangat akan jadi garang je..maap...kadang-kadang sedih jgk dgn diri sendiri sebab tak reti nak kawal perasaan,pernah kena marah dengan lecturer jgk sbb garang sangat...kita mak ayah pun ajar garang,tak sama macam pelajar sekarang....sori..ehh melalut plakk..

Jomlah kita teruskan review buku ini..

Lia.z paling suka bab meneka dan sekarang masanya..

Meneka.
Hanya dua muka surat sahaja dah mampu buat kita sentap.lia.z mengaku lia.z juga sejenis yang terus terang dan terkadang khilaf diri ter'judgemental'orang lain...well,nobody perfect..

"Andai kita membenci manusia yang masuk jalan simpang tidak reti bagi signal,yang seolah-olah menyangka kita ini tahu setiap hasrat hati dia,itu membawa satu pengakuan dalam diri kita.

Iaitu,kita memang tidak boleh tahu apa yang ada dalam hati orang. Kita tidak tahu niat dan apa yang akan dia lakukan selepas ini. Kita juga tidak akan pernah tahu apa yang terbuku dalam hatinya, tanpa dirinya menceritakan satu per satu.

Kerana itulah,orang yang suka meneka atau bersangka buruk terhadap manusia di sekelilingnya sangat tidak disukai dan akan dijauhi.

Apa dia ingat, dia itu Tuhan?

Kerana itu tiada lagi jalan keluar yang lebih baik selain bersangka baik.

Ya,bersangka baik.
yang berpada-pada.

Jika tidak,banyaknya hanya membawa kepada dosa.

#meneka #rebeldengantuhan "

Simple je kan ayat-ayat dia..tapi kita kena sedar.. Sentiasalah bersangka baik dengan orang..jangan nampak salah dia je...

Maaf jika diri ini banyak buat salah terutamanya bab meneka ni haaa..



Sekarang Masanya.

Untuk bab ini,muka surat agak panjang..tapi apa yang lia.z dapat simpulkan di sini.. Biarlah kita nak buat apa pun kemudian di caci orang,di maki orang anggaplah itu satu cabaran bukan satu titik untuk kita terus jatuh...sebab hidup ini bukan untuk mencapai redha manusia,tetapi yang lebih penting adalah redha Yang Maha Esa..

"hidup ini bukan untuk mencapai Redha manusia,tetapi yang lebih penting adalah redha Yang Maha Esa"

Inilah sedikit petikan dalam bab ini yang buat lia.z rasa we must get a life with passion... Kepuasan kita dengan Tuhan,bukan untuk fikir apa yang orang cakap...

Diri yang lemah ini juga pernah dituduh sakit mental,gila,kena rasuk bagai..saat itu,lia.z tak mampu nak percayakan manusia...yang lia.z mampu percaya,Tuhan dah bagi banyak perkara yang indah di dunia ini kenapa aku tak pernah bersyukur..kenapa aku perlu kejar benda yang belum pasti...kenapa aku cuma nampak keindahan itu hanya daripada manusia yang aku belum pasti kewujudannya masih ada lagi atau tidak di masa hadapan.

Lia.z suka untuk meluahkan rasa hati di laman ini tapi kadangkala terasa lebih baik aku meluahkan dengan cara yang lain tanpa diketahui orang lain cukuplah diri sendiri dan Tuhanku...

Mungkin itu sahaja coretan buat lia.z berkenaan buku berjudul rebel dengan tuhan...

Sekian,terima kasih.







Yang masih banyak buat dosa,

Lia Zakiah Cerdik

Idea

Assalamualaikum

Idea banyak tapi bukan senang nak huraikan dalam blog.cukuplah Tuhan sahaja yang tahu hati ini..mungkin kita tak perlu buktikan semua itu dengan mengambil perhatian manusia..
Sebab redha manusia terletak pada Tuhan,bukan manusia...

Lia.z rasa bahagia sangat dengan statement ini..walaupun orang itu orang yang kita sayang,kadang kadang mereka terlepas pandang juga sebab mereka manusia biasa...pernah tau pressure tahap,sangat-sangat hilang kepercayaan tu...diluah mati mak,ditelan mati bapak....

Hayatilah perenggan yang diambil dalam buku berjudul 'rebel dengan tuhan'.
  "Hidup ini bukan untuk mencapai redha manusia,tetapi yang lebih penting adalah redha Yang Maha Esa."





Yang dah malas nak hadap orang,
Lia Zakiah Cerdik
.

Tuesday, June 6, 2017

Sahabat alam maya

Assalamualaikum..

Nak tahu tak sebab kenapa lia.z suka berkawan dengan orang yang tak pernah dikenali di dunia sebenar dan hanya berkawan di alam maya sahaja...

1. Mengenali budaya

Sahabat alam maya ini contohnya kawan-kawan di facebook,instagram dan blog.Sebagai contoh lia.z ambik blog,ramai je kawan dalam circle google+ tu memang tak kenal tapi ada je yang dah pernah jumpa sebab pergi event...

Semua orang datang daripada berbeza niche,berbeza bidang dan konfirm tak menang tangan nak melayan semua...dah namanya pun sosial,jadi kawan sahaja dengan semua orang.
Lia.z dah start menggunakan blog since form three namun memandangkan bersekolah asrama penuh,masa berada dirumah kurang dan tak banyak masa nak menghapdet.. Banyak dah jatuh bangun blog ni sebenarnya,even now im still not a well known blogger..tapi blog inilah antara blog yang kekal lama..paling lama jugak ni...since after spm,itupun banyak kali jugak tukar nama...memandangkan diri lia.z ini sudah dibash lacks in communication,just wait and see kehh..sy takkan guna lagi dah blog ni..nak tutup sebab banyak memberi kenangan pahit sahaja..

Since daripada lepas spm tu,ramai blogger yang lia.z follow..dan banyak juga benda yang lia.z belajar..start daripada tu,rasa indah dapat kenal banyak tempat kt malaysia ni,bukan setakat malaysia segala pelosok dunia ada...sebab tu dekat wishlist ada cita-cita nak belajar oversea...lagipun time tu just nak survey tempat further study je...start daripada tu rajinlah seketul lia.Z menghiasi laman sesawang yang tak seberapa ini..

Selain itu,bermacam budaya yang lia.z cerita ini ialah bermacam-macam orang lia.z kenal walaupun tak pernah berjumpa face to face.. Ada kenal seorang ni,tapi memang dia gunakan blog untuk kerja so memang xpernah nak melayan hanya untuk publish blog kau je,ok dia layan..

Ada yang sama-sama nak further study so share pengalaman walaupun berbeza course and now memang dah lost contact dengan dia memandangkan semua dah busy dengan campus life yang sangat digeruni ramai orang.

Bila dah masuk u,lia.z berkenalan dengan ramai business partner yang pun sama...lost contact after i busy with my practical teaching...start daripada tu lia.z sedar,berblogging juga boleh jana pendapatan..banyak juga wang yang dihabiskan cuma sampai sekarang memang tak tukar domain takut nanti lupa nak renew... Lepas practical teaching,kena buat fyp plakk..memang takde masa...sekarang dah masuk kerja,tengah mencuba terbaik untuk divide masa atau kemungkinan besar tiada masa untuk berblog..
Momentum nak berblog ni,dah takde lagi..
Dah takde lagi nak berkenalan dengan many roles model...

Tambah lagi kerja kita ditolak sehabis-habisnya..k fine...saya dah kena fokus dengan profession saya..

2. Terasa ramai sangat kawan

Bila kita dikelilingi dengan orang-orang positif,pasti kita juga akan positif sama seperti mereka.

Even kawan dalam dunia nyata pun,mesti kita nak cari yang positif dan masuk kepala dengan kita...dalam dunia maya,siapa yang sentiasa positif pasti ramai kawan...tidak dapat dinafikan..
Seronok berkawan di alam maya ni..

Ramai orang lia.z kenal,walaupun tak berapa aktif tapi masih dapat membuat jaringan dengan ramai orang.

Belum lagi masuk giveaway atau sponsor giveaway..seronok,berkawan dengan orang yang sponsor dan orang yang mendapat hadiah.baru lia.z tahu begini rupannya fungsi berblogging agar kita dapat keep in touch dengan follower or silent reader kita.

Daripada situ,lia.z dapat ramai kawan..dan sentiasa ambik tahu pasal mereka walaupun mereka tak pernah tahu lia.z wujud.. Banyak jugak follow event berinfomasi mereka..

But unfortunately sis tak tahu macammana nak appreciate them..sori my lacks because im still learning..

Buat kawan-kawan yang pernah ada connection dengan lia.z sori for that insecurities..

Bukan mudah nak percaya orang zaman sekarang..





Assalamualaikum.







Yang masih mencari kawan lagi,

Lia Zakiah Cerdik

Buli

Assalamualaikum

Harini terrajin plak nak buka cerita pasal buli...

Korang pernah tak kena buli masa kecil-kecil dulu?

Korang pernah tak?feel the same situation like ishaan in tere zameen paar..citer budak kecik yang berbakat dengan his own style..

Bukan nak samakan life sis lia.z dengan dia tapi memang hakikatnya sampai ke besar,asyik kena buli dengan orang je..

So memang jenis cepat terasa sampai tahap dah malas dah nak cakap dengan orang apa sebabnya.....

Setiap kali dibuli,lia.z akan ingat orang-orang yang membuli lia.z tu..kadang-kadang diri ini,terlalu baik sampai mudah sahaja orang membuli....yang dia tahu cuma salahkan kita.hurmmm...
Macamlah dia perfect sangat kan..

Pernahh ke orang terfikir blog lia.z ni banyak ditulis dengan airmata?
Pernahh ke orang terfikir blog ini juga meningkat motivasi lia.z?
Pernahhh ke orang terfikir blog ini Juga tempat lia.z releasekan stress?
Pernahh ke?
Pernah?

Memang pada mulanya nampak indah buat blog ni sebab orang cakap boleh jana pendapatan,senang nak viral tapi the things is look like dont have any sincerity...nak viral,investment pun kena tinggi..acah-acah padahal pakai apps,banyak jugak orang offer lia.z...ok lahh not bad tapi yang jadi bad tu acah-acah orang kaya macam kau seorang je yang hebat.hakkk tuihhh..tak pernah rasa nak benci tapi sakit hati lahh kena buli macamni..aku tak pernah featured kt mana-mana akhbar ke network2 ni sebab aku nak elak diri aku bersifat sebegitu...

Bersederhana sudah..rasa nak buat giveaway ye buat...rasa taknak,move as usual...

Takdelah lacks in communication tapi nak secure diri ini...even move sikit je,just berkawan dengan famous blogger untuk tahu tips ( tak pernah terfikir pun nak jadi one of them,cuma nak upkan motivation) yela orang cakap,kawan dengan orang positif untuk tingkatkan motivasi..

Apa-apalah yang terjadi pun,saya masih ingin mengamalkan hidup bersederhana...lia.z kena ingat,lia.z ada jugak kerjaya lain selain berblogging yang sangat kuno ( orang cakap),reader ntah mana-mana je,tak jaga follower,input entah pape je..fine,just say....out of this world,ive good profession that enough for me...

Yakin jugak,satu hari nanti LIA ZAKIAH CERDIK ini akan pupus hari ke hari walaupun ramai je rakan-rakan cikgu yang mempunyai blog hebat-hebat...tapi seketul ini tak mampu jadi blogger sepenuh masa untuk menulis...

Banyak je offer dapat untuk publish one book,even one of my families also can help me for the publication...dengan ayat tunggang langgang ini pun,ada je offer dapat cuma taknak show off bakat itu..

Dan mana yang cakap,im lacks in communication,i think u must recheck first your words because im a teacher..but really thanks for u remind me that..well,nobody perfect...very much thanks..
Awak pun dah pernah bersama saya yang sangat kuat membebel,why u boleh cakap im lacks in communication?takpelah proses pembelajaran,nanti sis beli buku about communication skill ok..and business physcology.thanks for that issue..

Macam takde relation dengan buli tapi pada lia.z,sebab-sebab kat atas ni punca lia.z tak dapat buat sesuatu dengan passion ,asyiklahh kena bash...macammana orang tu nak positif kalau kerja dia asyik kena tolak,kena komplain...bukankah blog ini tempat untuk kita membuat karya sendiri..alone with some sincere emotion...

Lia.z percaya most of blogger introvert and so i am....so faham macammana perangai memasing yang suka alone,bermonolog.  Tapi kenapa nak cakap lia.z teruk sangat bermonolog macam meroyan 10 tahun tak makan?

Is i am lacks in communication too?

So terasa di buli kt situ...mungkin lepas ini lia.z kena fixedkan position laptop di rumah sahaja untuk buat vlog..dengar lia membebel bukan baca tulisan lia.z yang entah hape-hape je lahh..

Ehh macam dah panjang membebel..








Yang terasa di buli,
Lia Zakiah Cerdik.

Monday, June 5, 2017

Distance #notadoubleye.ll #3

Assalamualaikum..
Mungkin lagu ini je yang sesuai untuk luahkan perasaan yang terbuku di hati ini.. Lia.z berdoa banyak-banyak awak bukanlahh orang yang jahat untuk lukakan hati lia.z walaupun selalunya jujur untuk menegur sis..terima kasih..cumanya nak menerima untuk agar sukar pada mulanya..cuba melatih diri untuk mengawal kemarahan..
Sebenarnya,sebab dah sayang.tu je..plus dah lama gila kot tak jumpa...sebab tu rasa macam ada something wrong somewhere..susah nak tdo malam,banyak fikir...gaji tak tahu bila boleh dapat nak invest untuk transportation ke sana ( taktahulah kemana tu) dengan harapan nak tunjuk effort even dah banyak effort sis tunjuk..banyak advice sis dah pesan,warning sis dah pesan..janji pada diri sendiri taknak jumpa selalu tapi tak mampu..dah cuba sibukkan diri untuk lupakan semua ini,dah cuba taknak fikir banyak benda-benda macamni risau diri sendiri yang sakit teruk.. Nanti orang cakap sis meroyan,sis mental..kalau orang layan kita ok,ye ok..kalau asik nak buat sis marah,maaflahh.bagi sis masa ye..masih belajar lagi untuk mengawal kemarahan...
Whateverlahhhhhhhhhhhh..
Hayatilah lagu ni...
"Please dont stand so close to me,
I've having trouble in breathing.
I'm afraid what you see right now
I give you everything i am.
All my broken heart beat until i know,
u'll understand."
Rangkap ni paling deep...kalau awak nak tahu,dengan awak je saya rasa boleh move on..and that's not so easy to cure my small heart...






Selamat mendengar dan menghayati..

Yang terasa jauh dan lama sangat dah tak jumpa,
Lia Zakiah Cerdik

Menangis dalam Diam

Assalamualaikum

Lia.z rasa start daripada semalam macam moody tahap dah terlebih-lebih dah ni.. Rasa nak marah je semua orang,walaupun dapat berjumpa dengan anak-anak tercinta di taska yang lia.z pernah kerja sebelum ini..

Sebenarnya semua benda ini berlaku sebab lia.z dah mula rindu dia..
Malam nak tidur asyik fikir je..nak bagitahu ke tak nak bagitahu ke tak....
Sis tak suka nak bagitahu feeling kt orang direct even dalam percakapan biasa pun dapat psiko orang,inikan pula feeling diri sendiri..salah diri lia.z sebab ianya hanya akan menyusahkan diri sendiri tapi biarlah Tuhan sahaja yang tentukan semua itu..

Bukan apa,sebab pernah percaya kat orang tapi akhirnya tak jadi juga..so sis harap abang dapat buktikan yang abang boleh dipercayai..tak pernah nak paksa macam sis buat pada ex sebelum ini..sis siap Pesan kat abang bila tarikh-tarikh sis cuti sebab sis nak abang yang plan..sis dah redha dengan semua tu sebab sis tahu abang is the best planner in your life,buat apa semua jadi...tapi semoga Allah permudahkan segala plan awak tu..
Sis bukan seorang yang bijak membuat keputusan sebab sis perlukan seseorang yang boleh memimpin sis untuk sesuatu keputusan itu...so faham kan,sis nak ikut abang je,taknak bagi abang asik nak kena dengar cakap sis je..sis taknak frust teruk macam sebelum ni sebab tu sis layan abang macam ye tak ye....kita belum dapat kepercayaan selagi abang belum menggerakkan apa-apa langkah,paling kurang pun bawak pergi jumpa famili..taknak fikir semua tu sebenarnya tapi mungkin sebab dah sayang,setiap hari teringat walaupun dah cuba kawal..

Setakat ini,kalau dapat berjumpa,rasa macam sekejap sangat dapat jumpa..the same way i feel masa zaman dulu-dulu...bukan nak cakap desperate ke apa,cuma nak kepercayaan itu jelas dan nyata...awak pernah tahu ke?setiap kali nak say goodbye,rasa macam nak nangis...tapi tahan lagi...nangis waktu dah otw nak balik..takpun nangis kat bilik je.....saya rasa awak tak pernah tahu pun...paling sebak masa malam last kita jumpa tu,dengan kawan-kawan sis malam tu buat hal...rasa macam ok,im bad...sebab sis bukan orang yang boleh puaskan hati semua orang...lia.z cuma manusia biasa..


Macam banyak lagi benda nak diluahkan tapi macam tak mampu dah nak jelaskan...
Betullah orang cakap,diam lebih baik...

Tapi sampai bila nak diamkan macamni..sampai berlaku salah faham..
Buatlah apa abang nak buat..

Sis hanya mampu sabar dan redha..

Assalamualaikum.







Yang masih tak mampu nak luahkan perasaan,

Lia Zakiah Cerdik

Sunday, June 4, 2017

Own style

Assalamualaikum..

Di bulan puasa yang mulia ini,alhamdulillah dah masuk ramadan yang ke sembilan..tapi kuasa Allah itu besar,banyak benda dia nak menduga lia.z hari ini untuk membuktikan lia.z kuat mengharungi hari-hari indah...

Tapi most of the minute today lia.z asyik moody je..sebabnya orang asyik nak bash makcik lia..adui,dah namanya mesej/sms(short message system)...shit apakah sis lia.z kena tulis pepanjang bagai....even in this blog though im still using shortform..

Yeay i know budi bahasa budaya kita.
Im a teacher..memang sifat seorang cikgu kena tunjuk benda-benda yang baik je tapi takdelah sampai hipokrit..kau nak aku jadi hipokrit ke?oh emm geee...aku taknak berlagak lahh dengan diri aku...aku memang tak suka bila orang bangkit aku cuma pandai atas kertas.aku pun taknak ngaku lahh aku budak sekolah sains,kalau tak aku taknak doh kawan dengan kau..aku jenis tak memilih kawan,kau apa tahu?

Tu orang tua kata,tak kenal maka tak cinta...kau baru jumpa aku setakat 3 4 kali,acah-acah kau dah kena aku 30 40 tahun kan..takpalah sis lia.z masih boleh bersabar dan melatih diri untuk berdiam biar tiada apa-apa ketegangan yang berlaku...baru nak buat nota-nota bunga-bunga tapi awak dah hancurkan sebahagian daripada mood saya pada hari ini...whateverlahh..

Kalau betul awak boleh ajar saya cara untuk berkomunikasi,okay bagi saya jadi macam yuna.....kalau betul awak boleh buat saya jadi macam yuna,maknanya teknik komunikasi awak berjaya...tapi kalau nama saya tak ke persada dunia macam hatta dolmat dan yuna,maknanya teknik komunikasi awak tak berjaya...
Kalau betul awak hebat,bimbinglah saya jadi macam awak...haaa,tergamam kan..sedar tak diri tu pun hanya manusia biasa..jangan nak hentam orang macam awak tu hebat je...takabbur..

Maaf ya,bakat kita berbeza setiap orang.awak boleh menegur saya tapi tidak bermakna awak boleh menindas saya seolah-olah saya macam tak tahu apa-apa..saya masih boleh menerima teguran itu tapi saya nak awak ingat,awak kena bersyukur dengan sedikit perubahan yang berlaku pada diri sendiri setiap hari..

Saya pun tak pernah minta untuk menjadi seorang yang hanya pandai di atas kertas dan kemudian berlagak blah blah blah anak bijak cerdik...yang saya minta cuma saya nak berkerjaya untuk balas jasa mak ayah saya..

Seronok kan awak dapat buat saya membebel sesuka hati mcm meroyan 10 tahun tak makan...
Untuk harini,saya hilang mood bunga-bunga saya untuk #notadoubleyell #ye.ll

Segala mak nenek lagu semua terbang melayang pergi masuk dalam mimpi penat dan buang masa je fikir awak...
Yang buat tidur malam tak lena.
Yang buat makan tak kenyang

Mandi tak basah.....

Tahu tak?
Tak semua benda kita boleh luahkan dan tak semua benda kita boleh kongsikan kat orang..

Saya memang nampak macam nak beritahu semua orang pasal diri saya tapi awak tak tahu dalam hati saya.simpan beribu pengalaman yang buat saya speechless...

Ingat,nak jadi seorang guru memang perlukan sikap positif yang boleh dicontohi tapi cikgu juga perlu jujur dari segi percakapan dia...
Maaf jika terkasar bahasa..
Manusia ini alpa,tiada yang sempurna..

Assalamualaikum.



Yang banyak buat dosa tanpa henti kena bertaubat banyak-banyak,

Lia Zakiah Cerdik

Thursday, June 1, 2017

Nota double ye.LL #2

Assalamualaikum..
                  IM STILL LEARNING
saya nak awak faham maksud im still learning in every mistake i made..saya cuma manusia biasa..kalau awak nak tegur,then, its good for me..baguslah kalau awak mampu menegur saya dengan sabar..memang tak dinafikan awak yang saya bagi first impression memang garang...memang sejenis yang sangat series dan tekun bila buat kerja..i know that...kalau tak awak takkan berjaya macam sekarang.yaaa,awak kuat..awak baik..semua positif things awak ada,bila lagi saya nak jadi positif kalau bukan kawan dengan orang yang positif..
Awak nak tegur,tegurlahh saya terima..and im still learning..learning from mistake..kalau awak tegur saya,maknanya awak suka nak membimbing saya..kannn,betul tak?betul tak?
Bimbinglah saya hingga ke jannah..chiaaa chia chia..huhu
Dan berkenaan diri awak pula,also have some relation about im still learning..
Awakk,kita baru sahaja berkenalan kan..
Maaf jika saya terlepas cakap yang buat awak terluka,kecik hati...saya cuma ingin bertindak jujur dengan apa-apa perkara,tu terkadang menyakitkan hati orang..
Masih dalam learning process nak kenal hati budi awak walaupun saya dah mula rasa mcm setahun dah tak jumpa padahal baru beberapa hari tak jumpa..inikah yang dikatakan rindu?....auch..overacting plaa rasa..
Bukan terlebih drama,tapi memang the truth from heart to heart.. 
Macam dah panjang membebel,padahal nota pendek je..macam biasa,idea banyak sangat dalam otak tapi bila dah menulis aduii meleweh-leweh utara ke selatan.hahaha.
So next time,kalau saya macam blur-blur ke,mabuk ketum jap,banyak sangat tanya,banyak sangat benda nak tu bermakna saya hanya mahu belajar...sesuatu perkara itu mungkin baru pada saya,tapi tidak bermakna awak berhak untuk menindas saya...hmmmm..
Saya perempuan,sebagai lelaki..awak lindungilahh saya seadanya..
Doa yang baik-baik kehh..aminn..
Harini tak tahu nak bagi lagu apa tapi tertangkap lagu ini..bolehlahh,sedih jugak..
I hope u understand...




Assalamualaikum.
Lia Zakiah Cerdik.