Wednesday, November 23, 2016

Yok! Tawan gunung ledang bersama pbba

Assalamualaikum..

Gunung ledang ini sis lia.z hiking dengan geng-geng persatuan belia batu anam (pbba) bersama johor youth development club(joydec)...
Hahahahahah.
Sis suka hiking tapi santai-santai je lahh.. Buat ape nak laju-laju...plus sis semalamnya drive dari sungai besi gais, penat drive tak habis lagi. Sekali baru starting dah kena naik tangga, adehh.. . Before dis, naik gunung gajah terom best je plus xtertinggal tapi kali ini tertinggal jgk. Hahaha... Sampai tak merasa yang kfc tu, k fine. Tapi sis sampai jgk ok puncak..
Dekat je ledang tu, nanti boleh je hiking lagi bila free, training kat sana...
Ok lah taknak citer panjang, ni nak share gambar-gambar kenangan kat sana.
Hiking ni semua pengalaman, kena menghayati dan tenangkan diri. Jaga jantung dan pernafasan. Kalau tak larat takleh paksa.. Yang penting yakin pada diri dan buat koleksi panjat gunung ni, panjat gunung tu. Jangan main-main akak gemuk ni pun dah dekat 5 jgk gunung bukit ni... Sis tak pernah fikir nak kurus, yang sis fikir sihat dan tenang waktu panjat gunung... Orang tak suka tapi sis suka... Biarlah orang nak cakap ape, kita kena yakin pada diri dan menikmati keseronokan itu..

Interview Bersama Pegawai SPP

Assalamualaikum.

Pengalaman the real one interview nak mintak kerja dengan kementerian pendidikan malaysia gaiss.. Sebelum ni ada jugak interview kt uthm sebelum masuk upsi.... Yang kt uthm sis melawan interviewer tu sebab dia bash sis ajar tu, betul ke? Sis marah dengan penuh penerangan nak cakap fact sis itu tepat.

Berbeza dengan pengalaman di suruhanjaya perkhidmatan pendidikan (spp) dimana pegawai tu cakap, saya tahu dah orang macam awak ni banyak sangat benda nak cakap jadi saya taknak tanya. Di spp ni, kami masuk secara berkumpulan. Dan sis lia.z orang first yang kena intro.. Jadi sis ingat nak intro ikut dalam resume sekolah apa semua, tibe-tibe dia bash sis alaa. Xpayah lah sekolah awak ape semua. Saya nak tahu adik beradik awak, maka dengan itu cikgu lia ceritalah adik beradik cikgu lia yang ada 3 orang yang akan jadi cikgu termasuk cikgu lia. Nampak tak kat situ keyakinannya... Chiaa.
Lepastu btau orang johor... Ciri-ciri profesional yang ada dalam diri lia sebagai seorang guru..
Tiga je yang lia bagitahu.
1.lasak
2.penampilan yang baik
3.peramah.

Maka dengan itu, berseronoklah cikgu lia membebel dengan pegawai tu pasal kebaikan diri...

Then dah habis satu bilik semua intro, barulah pegawai tu cakap, dia taknak tanya saya soalan sebab dia tahu saya banyak cakap so dia tanya pasal kesinambungan rph rpt hsp semua dekat seorang yang paling last lepastu kitorang tambah-tambah lagi.

Alhamdulillah dah lepas dah interview tinggal tunggu tarikh posting dan tempat posting. Doakan sis lia.z cecepat posting sebab dah bosan dah duduk kt rumah ni.. Katanya posting januari 2017...

Konvo ke? #eh

Assalamualaikum. Rasa macam sekejap je dah konvo... Oo dah empat tahun eh. Penat doh belajar. Sis lia.z actually lebih prefer belajar open learning dimana belajar je lahh kat mana-mana. Pengalaman lebih penting. Hmm, offer sambung master berlambak-lambak tapi diri ini belum cukup dare nak hadapi lagi benda-benda macamni. Aku dah sibuk fokus, kau dok gedik-gedik cari aku. Bila aku buat keputusan nak cari kau, kau diam je. Ape citer bro.. Kau tak sedar ke kau dah rosakkan hidup anak orang. Aku bukan nak cakap aku tak kuat, aku dah cukup kuat elak kau...tapi entahlah. Malas nak hadap orang... Aku dah bahagia dah ni dapat konvo tanpa fikirkan kau lagi..

Itulah antara kenangan buruk sepanjang belajar.. Tapi kenangan manisnya ialah, jumpa ramai SANGAT KAWAN YANG TAKTAHU LAH GEMBIRANYA MACAMMNA... Dapat berjalan-jalan berhuuhaaa huhaaa bagai nak gila, kumpul mykucing segala bagai and thats really make me become positive one... Rasa macam nak golek-golek penat nak mampus. Asal balik cuti mama cakap kau kurus. Kau kurus. Bila dok rumah, kau gemuk kau gemuk....... Hahahaha

Alhamdulillah selesai jugak empat tahun menghabiskan ijazah sarjana muda pendidikan (sains pertanian) dengan kepujian.
Nama je sains pertanian, tapi apa yang sis lia.z dapat, semua kos lia kawan, semua kos lia ambik pengalaman semua kos ada jaringan. Sampai ke luar kampus pun banyak je jaringan.. Eh banyaklah, itu yang paling best. Ini antara gambar kenangan semasa hari konvo yang amat banyakknya manusia. Sian mama n abah sis lia.z kena tunggu lelama so kitrang ambik gambar yang patut-patut je.

Alhamdulillah lagi sekali, rezeki tuhan yang besar jugaklah. In sha Allah interview pun dah lepas, tinggal tunggu posting dan keputusan temuduga... Semoga Allah merahmati kehidupan kami sekeluarga.
Aminn.

Bukit Batu Puteh bersama miah, mira dan midah.

Assalamualaikum. Setelah majlis konvokesyen haritu. Lia.z terus mai p jumpa kawan-kawan yang sambung belajar kt uitm jasin yela dapat duit sikit dari mama n makcik-makcik sebab konvo..
Sis terus ajak mereka pergi hiking kat bukit batu putih tnajung rachado port dickson. Ingatkan nak daki bukit je, sekali rasa rugi angat tak bawak baju lebih nak mandi pandai. Kawan-kawan kalau dah namanya travel, hentam je lahh duit dah tak cukup pun sanggup ni nak berjalan.. Ada je sebenarnya job berjalan freelance macamtu tapi kena bijak lah kau bagai nak gila ke sana ke sini.. Lepasni, sis kalau berjalan-jalan memang dalam kereta sediakan sport shoes. So lepasni bawak plak baju lebih in case tetiba jumpa pantai nak mandi..
Jumpa itu jumpa ini...
K lahh share pepndek je sebab share pakai fon je..

Hiking di bukit keluang, jerteh

Assalamualaikum.

Dah lama kan lia.z tak update blog setelah berlama-lama stress menghadap orang menghadap itu ini. Yelahh, ragam manusia ini macam-macam. Silap pada diri sendiri jugak. Mana ada manusia yang sempurna, cukuplah Allah sahaja yang tahu.

Nak cerita pasal pergi hiking bukit keluang jerteh terengganu. Pemandangan dia sangat cantik. Lia ingat nak panjat petang lepas jumpa adik kt jeli,kelantan tapi kakak saudara cakap better pergi pagi jadi saya pun pergilah pagi esoknya ditemani abang dan anak saudara saya bernama munir..

Lia share je terus gambar pemandangan bukit keluang yang cantik ini. Memandangkan kakak saudara ada kat sana, so lia.z takkan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam yang berdekatan dengan besut ini..
Lalalalala. Satu Malaysia ada saudara, jenjalan lahh ape lagi... Kena rajin dan kuat mental dan fizikal.