Sahabat andai

Wednesday, November 23, 2016

Yok! Tawan gunung ledang bersama pbba

Assalamualaikum..

Gunung ledang ini sis lia.z hiking dengan geng-geng persatuan belia batu anam (pbba) bersama johor youth development club(joydec)...
Hahahahahah.
Sis suka hiking tapi santai-santai je lahh.. Buat ape nak laju-laju...plus sis semalamnya drive dari sungai besi gais, penat drive tak habis lagi. Sekali baru starting dah kena naik tangga, adehh.. . Before dis, naik gunung gajah terom best je plus xtertinggal tapi kali ini tertinggal jgk. Hahaha... Sampai tak merasa yang kfc tu, k fine. Tapi sis sampai jgk ok puncak..
Dekat je ledang tu, nanti boleh je hiking lagi bila free, training kat sana...
Ok lah taknak citer panjang, ni nak share gambar-gambar kenangan kat sana.
Hiking ni semua pengalaman, kena menghayati dan tenangkan diri. Jaga jantung dan pernafasan. Kalau tak larat takleh paksa.. Yang penting yakin pada diri dan buat koleksi panjat gunung ni, panjat gunung tu. Jangan main-main akak gemuk ni pun dah dekat 5 jgk gunung bukit ni... Sis tak pernah fikir nak kurus, yang sis fikir sihat dan tenang waktu panjat gunung... Orang tak suka tapi sis suka... Biarlah orang nak cakap ape, kita kena yakin pada diri dan menikmati keseronokan itu..

Interview Bersama Pegawai SPP

Assalamualaikum.

Pengalaman the real one interview nak mintak kerja dengan kementerian pendidikan malaysia gaiss.. Sebelum ni ada jugak interview kt uthm sebelum masuk upsi.... Yang kt uthm sis melawan interviewer tu sebab dia bash sis ajar tu, betul ke? Sis marah dengan penuh penerangan nak cakap fact sis itu tepat.

Berbeza dengan pengalaman di suruhanjaya perkhidmatan pendidikan (spp) dimana pegawai tu cakap, saya tahu dah orang macam awak ni banyak sangat benda nak cakap jadi saya taknak tanya. Di spp ni, kami masuk secara berkumpulan. Dan sis lia.z orang first yang kena intro.. Jadi sis ingat nak intro ikut dalam resume sekolah apa semua, tibe-tibe dia bash sis alaa. Xpayah lah sekolah awak ape semua. Saya nak tahu adik beradik awak, maka dengan itu cikgu lia ceritalah adik beradik cikgu lia yang ada 3 orang yang akan jadi cikgu termasuk cikgu lia. Nampak tak kat situ keyakinannya... Chiaa.
Lepastu btau orang johor... Ciri-ciri profesional yang ada dalam diri lia sebagai seorang guru..
Tiga je yang lia bagitahu.
1.lasak
2.penampilan yang baik
3.peramah.

Maka dengan itu, berseronoklah cikgu lia membebel dengan pegawai tu pasal kebaikan diri...

Then dah habis satu bilik semua intro, barulah pegawai tu cakap, dia taknak tanya saya soalan sebab dia tahu saya banyak cakap so dia tanya pasal kesinambungan rph rpt hsp semua dekat seorang yang paling last lepastu kitorang tambah-tambah lagi.

Alhamdulillah dah lepas dah interview tinggal tunggu tarikh posting dan tempat posting. Doakan sis lia.z cecepat posting sebab dah bosan dah duduk kt rumah ni.. Katanya posting januari 2017...

Konvo ke? #eh

Assalamualaikum. Rasa macam sekejap je dah konvo... Oo dah empat tahun eh. Penat doh belajar. Sis lia.z actually lebih prefer belajar open learning dimana belajar je lahh kat mana-mana. Pengalaman lebih penting. Hmm, offer sambung master berlambak-lambak tapi diri ini belum cukup dare nak hadapi lagi benda-benda macamni. Aku dah sibuk fokus, kau dok gedik-gedik cari aku. Bila aku buat keputusan nak cari kau, kau diam je. Ape citer bro.. Kau tak sedar ke kau dah rosakkan hidup anak orang. Aku bukan nak cakap aku tak kuat, aku dah cukup kuat elak kau...tapi entahlah. Malas nak hadap orang... Aku dah bahagia dah ni dapat konvo tanpa fikirkan kau lagi..

Itulah antara kenangan buruk sepanjang belajar.. Tapi kenangan manisnya ialah, jumpa ramai SANGAT KAWAN YANG TAKTAHU LAH GEMBIRANYA MACAMMNA... Dapat berjalan-jalan berhuuhaaa huhaaa bagai nak gila, kumpul mykucing segala bagai and thats really make me become positive one... Rasa macam nak golek-golek penat nak mampus. Asal balik cuti mama cakap kau kurus. Kau kurus. Bila dok rumah, kau gemuk kau gemuk....... Hahahaha

Alhamdulillah selesai jugak empat tahun menghabiskan ijazah sarjana muda pendidikan (sains pertanian) dengan kepujian.
Nama je sains pertanian, tapi apa yang sis lia.z dapat, semua kos lia kawan, semua kos lia ambik pengalaman semua kos ada jaringan. Sampai ke luar kampus pun banyak je jaringan.. Eh banyaklah, itu yang paling best. Ini antara gambar kenangan semasa hari konvo yang amat banyakknya manusia. Sian mama n abah sis lia.z kena tunggu lelama so kitrang ambik gambar yang patut-patut je.

Alhamdulillah lagi sekali, rezeki tuhan yang besar jugaklah. In sha Allah interview pun dah lepas, tinggal tunggu posting dan keputusan temuduga... Semoga Allah merahmati kehidupan kami sekeluarga.
Aminn.

Bukit Batu Puteh bersama miah, mira dan midah.

Assalamualaikum. Setelah majlis konvokesyen haritu. Lia.z terus mai p jumpa kawan-kawan yang sambung belajar kt uitm jasin yela dapat duit sikit dari mama n makcik-makcik sebab konvo..
Sis terus ajak mereka pergi hiking kat bukit batu putih tnajung rachado port dickson. Ingatkan nak daki bukit je, sekali rasa rugi angat tak bawak baju lebih nak mandi pandai. Kawan-kawan kalau dah namanya travel, hentam je lahh duit dah tak cukup pun sanggup ni nak berjalan.. Ada je sebenarnya job berjalan freelance macamtu tapi kena bijak lah kau bagai nak gila ke sana ke sini.. Lepasni, sis kalau berjalan-jalan memang dalam kereta sediakan sport shoes. So lepasni bawak plak baju lebih in case tetiba jumpa pantai nak mandi..
Jumpa itu jumpa ini...
K lahh share pepndek je sebab share pakai fon je..

Hiking di bukit keluang, jerteh

Assalamualaikum.

Dah lama kan lia.z tak update blog setelah berlama-lama stress menghadap orang menghadap itu ini. Yelahh, ragam manusia ini macam-macam. Silap pada diri sendiri jugak. Mana ada manusia yang sempurna, cukuplah Allah sahaja yang tahu.

Nak cerita pasal pergi hiking bukit keluang jerteh terengganu. Pemandangan dia sangat cantik. Lia ingat nak panjat petang lepas jumpa adik kt jeli,kelantan tapi kakak saudara cakap better pergi pagi jadi saya pun pergilah pagi esoknya ditemani abang dan anak saudara saya bernama munir..

Lia share je terus gambar pemandangan bukit keluang yang cantik ini. Memandangkan kakak saudara ada kat sana, so lia.z takkan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam yang berdekatan dengan besut ini..
Lalalalala. Satu Malaysia ada saudara, jenjalan lahh ape lagi... Kena rajin dan kuat mental dan fizikal.

Monday, April 25, 2016

Susunan Jadual Yang Tidak Teratur

assalamualaikum..

susunan jadual yang tidak teratur..

Sebenarnya semalam lia baru lepas menghadiri diri ke program BIJAK URUS MASA,ANDA CEMERLANG(BUMAC) siri 2..

Slot program ini membincangkan berkenaan bijak urus masa..
Pertama sesi ceramah bersama En Azman selaku Ketua unit kaunseling Hal Ehwal Pelajar dan Alumni berkenaan pengurusan masa.

Seterusnya aktiviti latihan dalam kumpulan yang lia dah agak mesti dok menari-nari,kenal-kenal kawan-kawan..So dalam kumpulan ada 8 orang..kena ingat nama,rasanya bahasa thailand kap pun kap..kena ingat tapi dah tak ingat.hahahah..dalam kumpulan ini,paling best bila part kenakan balik fasi yak bagi talk and yang saiko-saiko orang..hahahah..i know that feeling..

lepas tu explorace main lari-lari kampus lama tu ha..sabar je lahh makcik yang dah takde fitness ni.
disebabkan aktif dalam kumpulan dan bising duk lawan-lawan fasi,dapat 12 bintang and top 10 star BUMAC katanya...


Komen di luar program plak,sebenarnya nak urus masa ini bukan senang..like seriously,kejap lagi kau mesti buat perkara spontaneously.Kadang tibe-tibe buat benda lagha,kadang tibe-tibe jadi budak baik.Pergi mana-mana pun kena belajar.
Ingat senang ke nak belajar.Ni dah minggu ke berapa,asaimen aku berlambak tapi tak dibuat..haisss...thesis lagi,...ntahlah rasa nak join prgram lagi taknak grad.hahah..
Series lia plak jenis yang xboleh tolak program,susun tetap susun.....tapi bila fikir asaimen plak,bila lah nak buat...ada seorang doktor tu pesan,setiap malam mesti kena buat walaupun sikit...tinggal lagi 4 minggu je ni..haisss...contohnya semalam lah..pergi ke BUMAC,malam pergi cuci mata plak di KHAR...kelmarin plak,pergi mandi dengan kosmate sampai petang..Minggu depan karnival keusahawanan,pesta buku..minggu yang lagi satu plak,program larian....banyaknya,,mana boleh tolak semua....so bila nak buat thesis tu?penin makcik..

oklah..assalamualaikum..

Wednesday, April 20, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 1

assalamualaikum...

pesta yang memang kena pergi ialah pesta mencari ilmu...semestinya....wah wah wah......yang seronoknya buku-buku kat sana murah plus ada macam-macam offer dorang bagi...
since tingkatan 3,cikgu-cikgu dah menggalakkan program seperti ini...jadi , lia tidak akan melepaskan untuk menghadirkan diri ke sana walaupun sibuk asaimen dan fyp.....tambah pulak,untuk pesta kali ini,lia ditawarkan untuk menjadi secretariat....bawah syarikat pakcik lia sebab dia ada kedai buku,of course lah dia join kan....bestnyer....nak jugak bukak kedai buku..woiii...siapa taknak? program besar,ilmu banyak....
kena pandai cari lubang-lubang kerja sambil buat fyp...ke buat fyp dulu baru fikir...

semenjak habis praktikal ni,mashaAllah tak tahu nak susun jadual macammana...offer berlambak,sana-sini.....siapa taknak.....peluang makin besar semenjak dewasa ini...

oklah,post ini sebab nak lepaskan penin je,time-time waktu kemuncak ini berapa banyaklah offer yang tidak terhingga nafsu lia nak pergi.....huhu....
serieslahh..tinggal satu sem je pun......takkan nak macam-macam syarat gak plus asaimen bermacam-macam...mohon lah bagi saya A terus.saya banyak join program luar kot...faham-faham je lahh..

ok bai assalamualaikum..

Monday, April 18, 2016

mari Menyiapkan Thesis

Assalamualaikum...

series siapa sangka emmpat tahun yang dinantikan kini hampir tiba......dan maka dengan itu deadline thesis pun hampir tiba kemudian cikgu lia pun dah takdok mood dah nak buatbuat kerja ni sebab fikir dah nak habis..buat pun kerna terpaksa......curicular vitae,resume semua dah get ready,..katanya nak tolong mama support adik kat umk...so tengah cari lubang research assistant sambil buat master....
dulu kemain berangan nak kahwin sehabisnya degree...tapi encik yang jadi calon tu dah kahwin...hahahah...

cikgu lia masih boleh move on lagi sebabnya dah dapat degree...rezeki ini dapat buat cikgu lia lupakan perkara buruk yang happened dalam hidup lia..

manusia mana yang pernah puas hati dengan hidup dia.......melainkan dia sudah merasa cukup dengan apa yang dia ada.

thesis belum siap,konvo pun belum,tak official lagi kot...sana sini dah offer..i penin lah i macamni...

kasi i kahwin dulu,bahagia bersama tersayang dulu baru fikir master boleh tak..ehh.tapi tak boleh..
hadui....penin lahh hakak hoi nak yang mana satu..yang ada depan mata ni pun tak siap lagi.....haduilahhh...

ok bolehlah kita teruskan perjalanan..ok assalamualaikum..

Sunday, March 27, 2016

mimpi buruk ke mimpi indah tak tahu

assalamualaikum..

cerita pasal mimpi ini,bermacam-macam jenis mimpi yang bukan-bukan lia dapat..
lia tanya roomate,dia cakap jangan banyak ingat dia..tapi masalah still dapat mimpi yang bukan-bukan..mengikut pengalaman kawan-kawan yang lia baca,ada yang cakap lepas istikharah kita memang akan lebih susah untuk buat pilihan dan dugaan Allah beri kepada kita lebih besar.....
sebab Allah nak kita lebih bersabar...tapi bila lia cuba jelaskan,tak da siapa pun yang mengerti.tiada siapa pun yang faham,apa yang lia lalui...
sakitlah...dahlah mimpi orang yang sama...

lia jujur lah,sebelum ni lia dgn ex xdelah plak mimpi teruk macamni..ni asik muka dia je...memang tak selalu jumpa,tapi asik jumpa dalam mimpi....lia mohon doa banyak-banyak pada Allah,betul ke dia...sebab tak pernah arr jadi gini...ramai yang perasan perubahan lia,jadi macam-macam bukan-bukan.dorang tak caya lia yang macam tu dah tak betul...sakit kepala waktu sedar dari tido tu dah jadi perkara biasa dah..sekarang,orang yang lia asik mimpi tu je mungkin  tengah berseronok dengan orang lain,apakah ini petunjuk Allah?lia yang mimpi orang lain yang dapat?macammne ni?mungkin apa yang berlaku semua ini ada hikmahnya..siap ada sorang kawan dia ni,cakap lia kena mandram..hadui,orang kalau dah dengki memang selamanya dengki...susah ada orang baik sikek je nak kacau..kawan dia ni pun,kejenya nak menyibuk je..aku diam,sebab aku taknak kacau,,kau plak mat,bajet gentle tapi bila ajak bincang diam,,memang baguslah kau kawan dengan ramai jemah-jemah yang xhabis-habis lancang mulut macam ape...aku diam tu dahlahh,,jangan kacau...

oklah,xnak lahh gaduh-gaduh ini..rasa macam kau tuhan je tahu nak salahkan orang..sedarlah..aku hanya insan biasa..lemah...aku diamkan diri bersebab...

Tuesday, March 8, 2016

tidur

assalamualaikum..


lia nak lepas geram sebabnya asal tido,mesti rasa macam tak dapat tido yang berkualiti.
mengantuk kadang tak dapat tido.
kenapa jadi macam tu?insomniac...
sakit ahh kepala,orang kata kena rehat tapi masalahnya tak dapat tido..haisss..