Sahabat andai

Saturday, June 28, 2014

Cinta abadiku di bulan ramadan

Assalamualaikum

Cinta.
Cinta selepas nikah.
Cinta tanpa nikah.
Cinta selamanya.
Cinta sampai mati.
Cinta till jannah.
Cinta....

Perkataan cinta itu memang mudah untuk dilengkapkan dalam hidup kita.tapi perasaan sebagai seorang yang tiada pasangan ini,amat perit tak sama macam orang putus cinta.
Iri hati tu ada,tapi itu hanya sementara.
Percayalah..walaupun memang rasa ingin berpasangan,tapi lia yakin hanya Allah SWT sahaja yang mengenali hati lia..
Perasaan tu bercampur baur..mungkin sebab lia tidak terlalu yakin lagi untuk melunaskan tanggungjawab itu..
Malah ini semua adalah pengajaran buat diri lia.
Tidak salah jika nak berubah sebab pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba yang lemah lagi tidak berkuasa ini.
Apa yang penting sekarang ni lia kena kuatkan diri untuk stay singgle sebab lia ada Allah.
Mama pesan,buat masa ni,buatlah kawan je.maybe untuk tidak melakukan pernikahan buat masa ini ada hikmahnya.
Padahal,banyak page yang share nikah muda itu lebih baik,tapi buat orang yang macam lia ni,sebenarnya lebih baik untuk belajar bina hidup sendiri dulu.tak payah nak rushing rushing bernikah awal.
Series,tengok orang lain dapat baby,memang comel.tak boleh disangkal tapi kalau nama lia belum tertulis untuk nikah sekarang,takkan lia nak jugak paksa..uish uish uish...

Ramailahh jugak kawan kawan lia yang dah nak kahwin.lia tengok dorang tu,takdelah pandai masak macam lia cuba belajar masak tuk jadi isteri yang baik.tu lah orang cakap,tak siapa tahu hatimu...takde orang yang boleh tahu apa yang lia lalui..ada sahabat,bawak kereta pon tak reti,dah nak nikah dah..ramailah jugak yang tak complete pun ciri-ciri seorang isteri mithali..
Bukan nak berlagak o what,sebelum ni memang lia ada terbaca dalam buku cakap kalau tak tahu takpe boleh belajar.then lia belajar yang mana patut,bila sedar dan fikir-fikir balik,ilmu rumahtangga itu tidak semudah itu jika kita belum berjaya lunaskan tanggungjawab dengan ahli keluarga.

Yes,memang lia rasa diri lia ni dah cukup untuk dapat tanggungjawab itu yela mengikut faktor umur.tapi hakikatnya lia belum matang dari segi tanggungjawab.apa yang lia perasan,tanggungjawab untuk sesuatu cabaran bukannya dapat diselesaikan,malah makin menyusahkan.. ramai yang berpesan pada lia,mungkin bukan masanya..tapi bila sampai satu tahap,lia rasa sedih sangat dengan diri lia yang tak cukup lagi..

Mungkin,menggunakan blog yang tak seberapa inilah menjadi salah satu tempat untuk lia mengadu..
Ramadan semakin tiba,jadi lia yakin peluang ini dapat mendekatkan lia dengan Allah SWT dan hanya Allah sahaja yang mampu merawat luka dihati ini..
Sememangnya percintaan lia dan Allah tiada penghalangnya jika lia sentiasa mengingati Allah dan family
InshaAllah..

No comments:

Post a Comment