Sahabat andai

Monday, June 30, 2014

Bubur Lambuk

assalamualaikum..
Walaupun lia tidak memasak,tidak salah jika lia share resepi juadah berbuka puasa lia. Jadi inilah resepi bubur lambuk versi Masjid Jannahtul Firdaus,Kg Jawa,Segamat Johor.

BAHAN-BAHANNYA 
1 cawan beras siam, cuci dan toskan
12 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan, simpul
2 batang serai, diketuk
1 camca besar penuh rempah kurma (Baba's)
1 kiub ayam
1 sup bunjut Adabi
1 cawan kacang kuda, rendam semalaman, toskan
1 cawan mix vege (karot. jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*kisar halus)
1 camca teh lada hitam, kisar halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 genggam pucuk paku merah yang siap disiang
Garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN 
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur didadar nipis dan mayang halus
Serunding secukupnya (cm guna serunding daging)
Sedikit serbuk lada hitam...



CARA MEMBUATNYA 


Satukan bahan kisar halus dengan rempah beriani, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecak minyak. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda (toskan) dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk. Tambah mix vege, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bubur lambuk dengan bahan2 sampingan. Sedap dimakan panas..

Bolehlah cuba masak untuk komuniti nanti..Seronok bila kita dapat masak masakan yang boleh diberi orang ramai..
inshaAllah..Allah akan membantu hambaNya yang membantu hambaNya yang lain.
assalamualaikum..

Tiada perkongsian resepi di Ramadhan Pertama.

assalamualaikum..

first of all nak mintak maaf sebab tak dapat share resepi untuk puasa pertama. lia dan ibu target nak masak mee bandung. Tapi abah telah meng'offer' diri untuk ke bazar terus lia merajuk dan pesan kat mama agar tidak masak...kerana takut membazir dengan makanan yang banyak..

akibat bercanggah pemikiran,akhirnya Allah SWT telah memberi kami rezeki selepas pok de lia datang bawak bubur lambuk dari masjid..Alhamdulilah..itu rezeki orang rumahlahh..
Akibat abah suruh pergi bazar,lia pun cabut lari dari rumah pergi lepak ke tempat lama lia kerja tahun lepas..
Dan kali ini,lia masih di'offer' bekerja disitu sebab mereka suka layanan lia,yang tak berapa nak baik dan tak berapa nak jahat.kekeekeke

syarikat new winson tu ada 4 kedai. 2 berada di kawasan lia bekerja, 2 lagi berada di Sri Utama Complex ( tak pasti betul ke x sebab baru )..Sebelum ini lia berkhidmat di Flipper,bersama-sama kakak-kakak yang lia sayangi. Namun agak mendukacitakan apabila Flipper sudah dipenuhi staff,dan hanya di Glamour kekurangan staff..Jadi,untuk raya tahun ini,inshaAllah lia berjaya menguruskan badan..kekekeekek

Dua-dua kedai ada pro n cons,apa yang penting is pengalaman..dan ada jugak akibatnya. Lia berharap sambil bekerja,dapatlah lia luangkan masa sedikit dengan mengaji.

InshaAllah.kalau niat kita baik,pasti Allah permudahkan.


Sunday, June 29, 2014

Sudahlah!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum..

walaupun tidak mempunyai banyak pengungjung,lia tetap tidak akan berputus asa dalam mengaktifkan post-post lia yang tidak seberapa.

how time flies,dah pukul 12,rasa macam baru sahur tadi..
misi pertama untuk blog harini ialah share berkenaan resepiku di hari pertama berpuasa.

lia tahu suatu hari nanti,blog ini pasti akan jadi blog yang mempunyai pengunjung yang ramai atas berkat usaha lia.

time free and tak study ni lah lia perlu aktifkan ini blog dengan review harian lia,resepi,dan ilmu yang sesuai dikongsikan bersama rakan blog sekalian.

memang blog ini tak nampak hidup dan really outdated,tapi lia rasa hari ini lia dapat bangkitkan semangat daripada seorang kakak blogger lia ni..kak mastura rara.
alhamdulilah,baik sangat kakak ni,banyak beri tunjuk ajar dan beri pendapat..
thankss sangat-sangat...

inshaAllah,lia yakin suatu hari nanti,lia akan buat blog ini menjadi blog yang lain dengan blog yang sekrang..
inshaAllah..

assalamualaikum..

Saturday, June 28, 2014

Bukan iri hati tapi rawat hati

Assalamulaikum..

ulasan lia berkenaan nikah usia muda

Alhamdulilah,seronok tengok kawan kawan lain berbahagia bersama-sama pasangan..dah lah memang nak bulan puasa,syaitan pulak dirantai..kahkah(ketawa macam setan ketawa)

Dan bila anak muda itu bernikah untuk mengelakkan maksiat itu pasti akan buat setan menangis sebab mereka tidak berjaya.
Alhamdulilah..
Bahagia melihat orang lain bahagia..
Seronok tengok orang bernikah usia muda..
Sekarang memang menjadi salah satu fenomena bernikah usia muda.banyak dah buku-buku motivasi dikeluarkan untuk memberi tips-tips alam rumahtangga yang sangat muda..
Lia jugak turut menjadi salah seorang pembaca buku buku tersebut.
Bahagia bila fikir balik,almaklum dunia baru,kita kan remaja,suka mencuba perkara baru..
Tapi hakikatnya,adakah kita benar benar bersedia untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang isteri..oklah,lia ceritakan satu per satu lah..

Agama

Agama,semestinya kita telah dididik oleh ibu bapa kita untuk solat 5 waktu,patuhi ajaran agama dan jangan lupa mengaji Al Quran.alhamdulilah.ibu bapa tidak lupa untuk mengajar lia pada waktu kecil dahulu..
Walaupun sudah bertahun masuk sekolah agama,lia tidak pernah dapat top ten kt sekolah agama,tapi lia masih ingat batas2 pergaulan.tapi yang lia perasan kawan-kawan yang top ten tu semua,ada je pakwe sekarang.oh my,so nak cakap camne tu?...
Isu zaman sekarang ni,subuh sentiasa terlajakkkk laris...tapi ada hati nak bernikah?
Lia ni takdelah sealim mana,sori lia ni biasa-biasa je..lia rasa salah satu punca diri ini rasa belum ready,ialah sebabnya merasakan ibadah yang masih belum cukup.ilmu agama yang masih belum cukup.itu yang penting.
Kalau nak nikah tu,pastikan ilmu didada dah cukup,.yes memang kita tak boleh nak nilai iman orang,tapi cukuplah sekadar ukur pada baju sendiri..
Banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan tapi tidak mahulahh cakap lebih..sebab yakin diri ini masih banyak kekurangannya cuma cakap yang simple simple je..

Peribadi

Peribadi ni,of coz lahh penampilan diri..series ke rasa diri ini dah cukup cantik..ramai encik telah memuji lia,tapi sepatah haram lia tidak mahu percaya sebab kalau nak puji,pujilah ibunya dulu,baru puji anaknya..
Sori to say,lia mintak maaf kalau ada yang lia tak layan,..betullah jugak,kita kena berbudi bahasa.tapi kalau tak series dan main-main sorilah..lia dah fobia..nasihat daripada seorang sahabat lia,jagalah penampilan dulu.ubah sikit.inshaAllah ada orang yang lebih baik nak lia.

Masakan

Masakan,sebelum ni memang lia belajar memasak daripada seorang encik ni yang kata nak meminang lia tapi semua tu tipu..
Haurggh! Lia lantak ape dia..pergi lahh sane main jauh..

Ok3..sebenarnya bukan sebab tu ok..sebenarnya sebab lia memang suka memasak..sori ok bukan sebab lelaki.tapi sebab lia rasa,dunia masakan ini memang dunia yang sangat luas dan banyak boleh dicuba resepi nya..untuk masakn,memang just cebur cebur je rempah..adalah kadang-kadang lia masak tawar,maklumlah orang dah tawar hati..kekeekekek..
Dunia masakan manisan ni pon,failed sebab terlebih gula.hahaahah..diabetes nanti laki lia..
Nampak tak?itulah puncanya Allah tidak bagi lia kahwin sekarang.sebab banyak lagi benda lia kena belajar..
Kira kes orang macam lia ni,kena dulu belajar semua,baru boleh bernikah..
Biarlah tidak nikah sekarang,hakikatnya Allah memberi peluang lia untuk jadi seorang isteri yang pandai masak...
Weeeee..
Rasa lega sikit lepas tulis kt blog ni..

Kewangan

Masalah kewangan,hurmm,still belajar lagi kan..dan mama lia pun nak lia nikah dengan cikgu cikgu jugak.huhu..nampak x tu petunjukNya..orang yang kita kena percaya ialah mama..selepas Allah...hanya Allah sahaja yang mampu kuatkan hati lia.
Ehh,cakap sal belajar kan tadi..series belajar ni kena banyak pakai duit..kalau dalam buku motivasi cakap,yang semurah mungkin itu lebih afdal..hahahah..masalahnya memang takda orang nak kat lia yang tak seberapa cukup ni.huhu..tunggu nahh nanti ada orang nak nikah lia,lia update blog ni jadi blog yang lebih menarik.belajar ini banyak perlukan duit.tak semudah bicara.
Jika nak bernikah ni,memang kalau boleh nak jimat.dan kalau boleh nak yan jimat plus grand.
Kalau lia,sorilah,taste lia memang tinggi sikit,tapi kalau boleh masa pernikahan lia tu,semua decoration lia nak buat sendiri.itu lebih puas hati..

Senang citer,lia punya taste still 90 an punya..lia punye life still 90 an sebab kakak2 n abg2 lia semua macam tu..
Kenapa pulak nak iri hati dengan oran yang bernikah awal?huhu
Dan lia rasa bukan lia seorang sahaja yang mengalami perasaan ini..
Ramai lagi,cume kawan-kawan yang sedang bebahagia tu jangan lupa doakan kitorang jumpa pasangan yang baik baik..
InshaAllah..
Amin..

Cinta abadiku di bulan ramadan

Assalamualaikum

Cinta.
Cinta selepas nikah.
Cinta tanpa nikah.
Cinta selamanya.
Cinta sampai mati.
Cinta till jannah.
Cinta....

Perkataan cinta itu memang mudah untuk dilengkapkan dalam hidup kita.tapi perasaan sebagai seorang yang tiada pasangan ini,amat perit tak sama macam orang putus cinta.
Iri hati tu ada,tapi itu hanya sementara.
Percayalah..walaupun memang rasa ingin berpasangan,tapi lia yakin hanya Allah SWT sahaja yang mengenali hati lia..
Perasaan tu bercampur baur..mungkin sebab lia tidak terlalu yakin lagi untuk melunaskan tanggungjawab itu..
Malah ini semua adalah pengajaran buat diri lia.
Tidak salah jika nak berubah sebab pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba yang lemah lagi tidak berkuasa ini.
Apa yang penting sekarang ni lia kena kuatkan diri untuk stay singgle sebab lia ada Allah.
Mama pesan,buat masa ni,buatlah kawan je.maybe untuk tidak melakukan pernikahan buat masa ini ada hikmahnya.
Padahal,banyak page yang share nikah muda itu lebih baik,tapi buat orang yang macam lia ni,sebenarnya lebih baik untuk belajar bina hidup sendiri dulu.tak payah nak rushing rushing bernikah awal.
Series,tengok orang lain dapat baby,memang comel.tak boleh disangkal tapi kalau nama lia belum tertulis untuk nikah sekarang,takkan lia nak jugak paksa..uish uish uish...

Ramailahh jugak kawan kawan lia yang dah nak kahwin.lia tengok dorang tu,takdelah pandai masak macam lia cuba belajar masak tuk jadi isteri yang baik.tu lah orang cakap,tak siapa tahu hatimu...takde orang yang boleh tahu apa yang lia lalui..ada sahabat,bawak kereta pon tak reti,dah nak nikah dah..ramailah jugak yang tak complete pun ciri-ciri seorang isteri mithali..
Bukan nak berlagak o what,sebelum ni memang lia ada terbaca dalam buku cakap kalau tak tahu takpe boleh belajar.then lia belajar yang mana patut,bila sedar dan fikir-fikir balik,ilmu rumahtangga itu tidak semudah itu jika kita belum berjaya lunaskan tanggungjawab dengan ahli keluarga.

Yes,memang lia rasa diri lia ni dah cukup untuk dapat tanggungjawab itu yela mengikut faktor umur.tapi hakikatnya lia belum matang dari segi tanggungjawab.apa yang lia perasan,tanggungjawab untuk sesuatu cabaran bukannya dapat diselesaikan,malah makin menyusahkan.. ramai yang berpesan pada lia,mungkin bukan masanya..tapi bila sampai satu tahap,lia rasa sedih sangat dengan diri lia yang tak cukup lagi..

Mungkin,menggunakan blog yang tak seberapa inilah menjadi salah satu tempat untuk lia mengadu..
Ramadan semakin tiba,jadi lia yakin peluang ini dapat mendekatkan lia dengan Allah SWT dan hanya Allah sahaja yang mampu merawat luka dihati ini..
Sememangnya percintaan lia dan Allah tiada penghalangnya jika lia sentiasa mengingati Allah dan family
InshaAllah..

Monday, June 23, 2014

30 hari 30 ..................

assalamualaikum..
memandangkan cuti semester ni lia bakal menyambut bulan ramadan,lia ada dua target yang lia nak buat..huhu..

30 hari 30 resepi

ok..inshaAllah lia tengah buat perancangan tok sediakan 30 resepi baru..lia tertengok iklan kat tv yang ritrud berlakon tu.so lia nak jugaklah buat camtu..harap-harap perancangan ini menjadi..sebentar lagi lia nak cari resepi-resepi dan nantikanlah lia nak update setiap hari..inshaAllah..

30 hari 30 Juz

perkara ini telah dua tahun lia tinggalkan..mashaAllah..last masa form 5..rasanya lia malas nak masuk kerja,sebab kerja kita tidak ada kesempatan untuk mengaji..bukan nak cakap apa,usaha cari duit tu tak salah,cuma nanti bila dah ramai customer,kita lupa plak kat Al Quran..subhanAllah..teruknya perangai..
inshaAllah,kalau lia dapat masuk kerja pun lia nak cari kerja yang bagi lia ruang untuk lia mengaji one day one juz..30 days 30 juZ..inshaAllah..

assalamualaikum

baru masuk dalam dunia giveaway ~-~

assalamualaikum...


sebelum ni,lia banyak jugak search,macam-macam tips tok mempopularkan blog lia yang tak seberapa ini...
lia bagitahu sedikit lah tips-tips yang lia follow...


  • tambah kawan-kawan dan kenalan daripada google+
                ofcoz lah tambah kawan lagi ramai orang boleh baca blog kita,tapi kalau blog tak menarik,macammane orang nak ingat kat kita..jadi,masih banyak lagi benda yang lia perlu belajar untuk mempromote blog yang tak seberapa ini.Bila lia cek balik orang lain punya,mahu tak beribu,lia hanya beratus sahaja.walaupun view sudah beribu.Salah satu sebab lia buat blog ini juga ingin berkawan dengan semua orang..Berkawan biar beribu,becinta pada yang Satu...Buat blogger yang membaca blog lia ni,mungkin lia nampak seperti tidak peramah dari segi writing sebab lia biasa-biasa sahaja dalam dunia mengarang..tapi dari segi sosial,lia memang suka berkawan dan peramah..buat sesiapa yang nak ajak lia keluar dengan dia,kalau ada kesempatan,lia boleh set date dengan korang untuk keluar sama-sama..
buat yang lelaki tu,pastikan bawak sekali kawan perempuan buat temankan lia k..hihihi..nak bersosial boleh,tapi kena ada batasnya..tapi kalau boleh nak mengelak daripada semua itu..huhu...
ok cerita pasal kawan,memang tak habis sampai esok..
  • follow blogger popular
               Blogger popular ni,mostly fashion blogger..tak follow kat blog,facebook and instagram kan ada.huhu...yang paling lia suka ialah kak aishah amin from the hijab diaries..lia suka dia sebab dia seorang lecturer dan juga fashion blogger..dan menggayakan dan tepat dengan saiz badannya yang lebih kurang lia..so sangat sesuai dijadikan contoh..selalukan orang lau nak cari model nak yang kurus tinggi..
tidak,itu bukan penghalang..huhu..
ramai lagi yang lia suka follow..kak irine nadia,kak dena bahrin yang ada anak chumiil sangat macam dorang..selain itu kak yuyu yang kecik molek.chumill orangnya..tak lame lagi nak jadi ibu..cik epal plak,cantik malah wajah dia sama seperti seorang lecturer subjek u lia sebelum ini..ramai lagi,kita kenalah jadikan mereka sebagai contoh.barulah penulisan kita jadi semakin baik.
  • giveaway,segmen
               Ok ini lia baru tahu bahawa segmen giveaway benar-benar merapatkan ukhuwah sesama blogger sebab sama-sama tolong promote blog kengkawan.lia nak join dulu banyak-banyak giveaway,nanti bila dah rasa bosan,lia plak yang buat giveaway.tengah cari jugak produk yang best-best..huhu..barulah bloggers excited nak join giveaway..segmen blog walking pon seronok jugak,kalau tak kita tak kenal siapa kawan-kawan kita..masatulah kita dapat tahu yang blog mereka juga ada perkara-perkara yang boleh dikongsi dan dijadikan pengajaran untuk diri kita sendiri..
Senang cerita,semua blog adalah info-info yang menarik walaupun mereka hanya share pasal kehidupan seharian kita.Seolah-olah kita telah duduk bersama-sama orang seMalaysia ini..
  • promotion
               Lau promotion ni,lia gemar share kat community yang lia join.tak kiralah best ke tak post tu..lia hanya tahu share...orang nak baca ke taknak baca,tak kisah..huhu..kat fb pom banyak group yang memberi peluang untuk bloggers share post baru mereka..lia ada jugak page.lia invite kengkawan like page lia..


oklah,selalu bila tengah taknak menaip,banyak benda nak tulis,tapi bila dah taip tak tau nak cakap apa..
mungkin kena biasakan dari sekarang.buat latihan banyak..
maaf atas kekurangan diri..
assalamualaikum..

2014 Blog Giveaway #1 by lin handmade greeting card

assalamualaikum..





nampaknya blog kak lin ni berkenaan dengan kraftangan.
banyak jugak tutorial kraftangan yang lia dapat belajar dari blog yang sangat berguna untuk lia..
walaupun lia seorang bakal cikgu sains pertanian,lia kena jugak tahu semua benda sebagai seorang guru agar sesi pengajaran nanti jadi lebih menarik...
buat sesiapa yang suka membuat kraftangan sendiri bolehlah follow this blog and join giveaway yang berbaki 2 minggu daripada sekarang..
banyak benda yang menarik dijadikan sebagai giveaway..

klik pada gambar untuk mengetahui procedur giveaway by lin handmade greeting card..

assalamualaikum..

Saturday, June 21, 2014

Selfie bersama orang tersayang~~mai little adorable lil sissy

assalamualaikum..

bila cerita pasal selfie ni,ofcoz lah budak-budak zaman sekarang suka...so kita take topik pasal anak-anak remaja..and mostly orang yang kita sayang ialah famili kita.
mama and abah lia kurang minat bergambar suka-suka melainkan gambar waktu raya.huhu..
yang lia ada ialah selfie lia bersama adik.
semenjak lia berjauhan dengan famili untuk sambung belajar di UPSI,adik lia ni jugak menjadi tempat mengadu selain mama.
orang cakap dengan adik beradik pun kita kena bertolak ansur,so kena ada seorang yang kita boleh kerjasama.
adik lia ni pom orang panggil lia.so just called us lia senior lia junior..lia 1 and lia 2 pom boleh.
walaupun kitaorang suka buat benda yang berbeza dan sering bergaduh bertengkar,semua benda tu buat kitorang lebih kamcing sebab saling melengkapi.huhu..

dia seorang penjimat,lia seorang yang boros.
dia seorang pendiam,lia seorang yang peramah.
dia seorang yang tidak suka berjalan,lia suka berjalan..

cuma yang sama kitorang ialah inginkan rumah sebagai tempat tinggal yang pertama dan selamanya..
huaaaa..
lia dah nak bertolak pulang ke segamat,Johor esok..rasa bahagia dapat jeleskan adik yang tengah futher study di Kolej Mara Kulim,Kedah tu..hihi..

Papehal,sebagai seorang kakak yang tak berapa nak garang ni,lia tetap bertegas dengan dia untuk jadi seorang adik yang baik..huhu..
kadang-kadang ramai orang salah anggap lia yang jadi adik,sebab ketegasan adik dan ketinggian adik.kekekeke..

ni gambar time lia form 4..time tu adik kurus sangat..kekekekeek..time ni takde selfie sebab nak snap pic tok raya kat studio..




Kalau yang ni mase form 3..selfie la jugak.tapi gambar tak cantik pom...hehehe





and now betul-betul selfie..last kitorang outing sesama..kat One Segamat,Segamat.
tengok wayang time cuti midsem haritu..

Pertalian darah kini boleh diinterpretasikan dengan #selfie.
inilah bukti selfie juga mampu menjadi punca jalinan kasih sayang itu semakin kukuh.










 Sedikit nukilan yang masih banyak kekurangan..
assalamualaikum..






Friday, June 20, 2014

Segmen : Mini Topup Giveaway 2 By Jurnal Setiausaha Lelaki

jom singgah page ni..
topup giveaway menunggu anda.huhu

GA mini Power Bank by Labyrinth

tarikh tutup : 21 jun 2014
#terimakasih

jom tolong like page lia zakiah cerdik

assalamualaikum..

lia dah letak dah gadjet untuk like facebook..tapi masih kekurangan promotion lah rasanya..hope sangat blogger-blogger or reader like page lia..
bermacam-macam cara lia dah cuba..dan banyak jugak cuba follow tips-tips yang diberikan..
tambah lagi lia tidaklah aktif sangat dalam dunia blogging ni.sebab tidak punya masa tok update dan membuat promotion..

berharap sangat satu hari nanti lia juga boleh membuat kawan di dunia blogging ini..

inshaAllah.

klik link ni Lia Zakiah Cerdik
itu je yang lia mampu mudahkan korang tok promote fanpage lia.

assalamualaikum..

Tuesday, June 17, 2014

Perasaan kalau update dalam smartphone

Assalamualaikum..

Lia jarang update post sebab lia selalu online dan berharap penggunaan tab untuk blog.
Namun semua itu tidak menjadi apa apa kerana update di tab sangat berbeza dengan update di lappy..
Sangat serba kekurangan..

Kerana keypad yang kecik dan tiada feel sebagai seorang writer blogeer..

Dan tidak terlalu fancy sangat.gambar pom bersepah..

Tapi kebaikkan dia memudahkan untuk upload gambar.kira live update lahh.tapi kebiasanyaa lia jaran membuat live update walaupun sekarang tengah menjinak-jinak menggunakan tab sebagai medium mengepost.

Hope dengan membiasakan diri update di tab boleh membuatkan diri lia lebih dikenali ramai dan buat lagi kawan..

Semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat..

Im newbie and sila beri tunjuk ajar bila ada kekurangan..
Assalamualaikum..

No 12A,Taman Malim 2~~~~rumah yang punya banyak ragam

assalamualaikum..

sepanjang satu sem yang hanya 5 6 bulan ini sudah cukup memberi lia pengalaman yang banyak,kawan yang ramai..
untuk semester sebelum-sebelum ini,seronoklah jugak housemate,tapi yang rapat dengan lia cuma seorang dua.
untuk sem ini,rase macam semua orang lia rapat.sayang sangat kat diorang..rasanya perlu ke kita bagi ucapan untuk setiap seorang?
hahaha..macamlah mereka baca semua ini...
dahlah housmet 11 orang nak ulas satu-satu.penat gak untuk newbie macam lia ni.

ini 10 minah kecoh taman malim dua.

1.raiadah
2.hanan
3.sariah
4.khairunisa
5.wani
6.kak wani
7.ika
8.dila
9.deeja
10.shira

kite go through gambar je la..time tengah giler je ktorang snap pic..
tapi banyak lagi pengalaman yang lia dapat dari diorang.
oklah,nak bagi pesanan jugaklah.tadi rasa macam berat..tapi sekarang dah ringan plak.

1.raiadah

okeh,awek ni lah sebenarnya permulaan lia nak duduk serumah dengan diorang.lia plak jenis suka je kawan dengan sesiapa.masuk je..so untuk satu sem ni nak habiskan masa dengan mereka sebab sem depan diorang dah praktikal.dan disebabkan itu jugaklah lia merana dorg tinggalkn lia..huaaaaa..
awek ni lia kenal sebab dia pakai baju kmj,so lia yang peramah ni masuk je line dy ngn kawan-kawan n tanya wahhh.awak kmj jugak ker..ok lepas tu kitrg terus jadi geng..huhu..
awek ni baik je budaknya,hahahaaha..
ni gambar masa first kenal

dan ni date last ktrg b4 dia balik.

2.hanan

hanan ni,dak johor gak muor...lia pernah blek saing dia.pergi rumah dia.now,dah tahu dah rumah dia kt mana.raya inshaAllah boleh datang.dia merupakan dua pupu kawan lia.z time kat kmj.fairuz namanya.
mereka ini keturunan arab.hanan ni ganas-ganas sikit orangnya.tapi xpernah marah macam lia yang garang ni.huhu..
satu benda paling annoying kat hanan is,bila tengok tb,janganlah cakap ngan dia.hahahahaha..

3.sariah

sariah ni,firstly jumpa dia excited sebab dy dok kuala kangsar.bandar diraja hoi..bangga kot jadi dia.tapi sariah ini humble orangnya...lia banyak kali nak g rumah dia sebab nak jalan-jalan k.k...tapi tidak kesempatan sampai lah satu hari housemate nisa ajak pergi..weeeeeeeeeeeeeeeeee..
pergilah jugak sana,tapi tak sempat snap pic n jalan-jalan sana.takpe satu hari nanti,im seriously nak organise trip pergi rumah sariah..
hope sariah ada waktu tu..and allow me to stay wif her there..

4.khairunisa

nisa ni,chumil budaknya..huhu..namanya nisa,tapi ganas.hahahaha..awek ni aktif kelab penyayang..so nampaklahkan dia memang penyayang dan baik sangat orangnya..
dia selalu teman aku kat bawah sebab nak study..kadang-kadang takut jugak dengan dia dari segi percakapannya..
papehal nisa ni pun baik je orang nya.plus comel.hehehe

5.wani

wani ni ketua rumah kitrg..dia selalu jadi mak kepada lia bila bab-bab kurang2 dalam masakan.maklumlah lain orang lain rasa.banyak jugak nasihat dapat dari dia.cume dia banyak pulang ke rumah atas masalah-masalah tertentu,so banyak jugak masa yang ktorg tak spend same-same..tapi dah cukup kenal dah awek ni..
huhu,,
semoga berbhagia dengan cik abang.

6.kak wani

kak wani ni kakak master,dia selalu ada time hujung minggu time lia.z sibuk berprogram.once lia.z ada kat rumah.lia.z tak reti nak layan n ngam ngn kak wani.tapi yang lia tahu kak wani ni baik sangat orangnya.

7.ika
8.dila

ika n dila ni lau berjalan mesti berdua.macam belangkas.hehe..
dila ni ade pipi tembam walaupun kurus.flawless..lia suka main pipi dia.hahaha
ika ni,baik n layan lia seadanya,dia ikut je apa yang lia buat..huhu
banyak jugak lia spend time dengan dorg..sebab dorg ok je lau lia ajak jalan2..huhu

9.deeja

deeja seorang yang rajin..dia berkeja di kfc untuk mencari wang sampingan.dan tak lama lagi nak nikah dah.
bahagia hidup..tahniah kawan..semoga berbahagia hingga ke anak cucu..kad jemputan dia dah bagi,tinggal nak datang snap kat pelamin dengan housemate yang hadir nanti.inshaAllah..

10.shira

shira ni junior,katanya terlepas kab sebab selalu balik dan takde kawan yang inform dia.so wani lah yang tolong dia..shira ni manja sikit budaknya.ehh,banyak..tapi sebagai adik..kakak-kakak biasanya akan layan sahaja.huhu..
lia dengan adik lia pun gitu..bila lagi kita nak tolong dia.kita kan yang berpengalaman..tapi manja tu kadang-kadang tak leh nak layan sangat sebab nanti dah kahwin,kita takde kakak o abang o famili kita kat sebelah kita.sendiri je..huhu..
so pesanan akak,bolehlah belajar hidup berdikari,semuanya buat sendiri...

hope pesanan ini bukan menjadi yang terakhir,sebab lia tahu persahabatan ini takkan berakhir,cume perpisahan sahaja yang berlaku kerana kita sudah hidup dengan teknologi hujung jari.hanya dengan menaip mecej kita dapat berhubung dengan orang ke pelosok dunia.

assalamualaikum..

Penat lelah hanya Allah je yang tau

Assalamualaikum..

sekadar ingin share berkenaan susah payahnya menghabiskan satu semester yang menjadikan pengalaman yang sama..

lia tidak bosan dengan hidup ini sebab inilah pengajaran buat diri kita.inilah titik permulaan kita untuk bina hidup yang baru.

First of all is nak puaskan hati orang,benda yang paling worse lia buat sepanjang sem berada di UPSi ini..
sebagai seorang yang inshaAllah bakal mempunyai kerjaya sebagai guru,lia perlulah anggap orang sekeliling kita ini adalah pelanggan kita.kitalah yang bakal mendidik masa depan mereka.
tapi apa yang lia nampak ialah diri sendiri masih lagi tidak terdidik untuk puaskan hati orang.
ramai kawan-kawan lia pesan,nak puaskan hati orang memang susah..
macam-macam ragam..

tapi lia tetap degil dan positifkan semua tu,lia yakin satu hari nanti lia pasti buat orang lain puas hati dengan lia.

now,dalam hati lia.z hanya tanamkan perkataan..

membantu mana yang mampu selainnya aku hanya berserah padaNya.

kalau mana-mana kawan yang tak puas hati tu,lia hanya mampu untuk pekakkan telinga dan mengalah sebab lia tahu hanya Allah sahaja yang boleh bantu untuk jaga hati lia dan bukakan pintu hati kawan yang lia sudah lukakan..

menurut pepatah orang melayu,
jauh perjalanan luas pemandangan..

akibat lia ni sudah terlalu sosial dan banyak sangat berkawan,pada lia pepatah ini perlu diubah untuk membantu diri ini untuk jadi lebih baik..


belum berjalan dah tahu pengalaman.


itu sahaja kot yang perlu diulas berkenaan masalah lia untuk semester 4 merangkumi semester sebelum-sebelumnya.mengalami masalah yang sama..
Sekarang lia tengah counting the time untuk pulang ke rumah.dan inshaAllah berusaha untuk mengaktifkan blog ini..yang tidak seberapa ini.

assalamualaikum..

Thursday, June 5, 2014

Cara membuat oat choco homemade

Assalamualaikum..sekarang memang giler kan produk twinfish oat choco tu..rupenya ada resipi nya yang sangat simple..so beeter belajar buat sendiri..
huhu..
lia.z.c memang suka makan..then,kalau suka akan search resipi yang benda lia.z.c suka tok belajar buat sendiri.sebab nanti boleh buat banyak-banyak ikut suka kita.huhu..
then baru harini terfikir nak share resipi kat blog ni..
banyak jugak resipi yang lia.z.c dah cuba.nanti bila rasa rngan tok type lia.z.c share lagi resipi-resipi yang lia.z.c nak cube..

Berikut resipi membuat oat choco homemade

OAT CHOCO HOMEMADE


BAHAN-BAHAN

-100 gram Nestum

-100 gram Quakeroat

-50 gram Beryls White Compound / Coklat Compound Putih










LANGKAH-LANGKAH


1 - Sediakn Quakeroat dan nestum sama banyak

2 - Cairkn coklat putih secara double boiler atau kukus

3 - Satukan Nestum dan Quakeroat .

4 - Tuangkan coklat dan gaul Nestum dan Quakeroat pakai sudu kayu sehingga sebati.

5 - Ratakn adunan dalam loyang yang di lapik plastik (untuk memudahkan ia dikeluarkan dan tidak melekat)

6 - Sejukkan dlm freezer dlm 3-5minit keluarkan dan potong.



Bentuk dia tu lau nak standradisa bolehlah beli loyangnya.tapi kebanyakkan biskut yang lia.z.c buat,lia hentam je..huhu..jap lagi masuk mulut same je.huhu..
Selain itu,dy ada macam-macam version resipinya..lau nak tambah buttercup pon boleh buat dy lebih crispy.ada yang tambah almond extract biar dia jadi lebih rasa sikit...

oklah..asslamualaikum..