Sahabat andai

Monday, May 19, 2014

Selamat Hari Guru!!

 assalamualaikum..

sepertinya saya sudah terlambat bu tok beri ucapan..tapi tidak terlambat untuk memberi ulasan berkenaan hari guru....

Selamat hari Guru kepada guru-guru yang telah buat saya hidup pada hari ini...

kalau nak senaraikan guru-guru yang mengajar saya pastilah ramai..
tapi guru yang paling penting dalam hidup saya ialah ibu bapa saya yang juga merupakan seorang guru pencen..
walaupun mereka sudah pencen,masih ramai lagi yang memanggil mereka cikgu midah dan cikgu zul.kalau anda pergi ke segamat,tidak akan sesat jika bertanya pada sesiapa cikgu zul kerana jasa-jasa abah itu buat orang tidak lupa pada dia seorang cikgu..itulah abah ku,seorang yang dipandang tinggi kerana jasanya sebagai seorang guru.
Begitu jugak mama lia.z..masakan kat sekolah itu tidak akan mendapat pujian selagi ibu lia.z tidak memasak selaku ajk makanan di sekolah.Semasa baru-baru sahaja pencen,rakan-rakan sejawat ibu  masih lagi ingin merasa masakan ibu dengan mengupah ibu untuk menyediakan masakan di majlis sekolah.Selain itu,ibu jugak pandai dalam bidang bendahari dan mengira kos dalam sesuatu majlis.

ibu bapa ku juga seorang guru...

Selain itu,guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa,Segamat jugak tidak dilupakan kerana telah mendidik saya dan membantu saya untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam UPSR.Mereka juga telah membantu saya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Setelah berjaya mendaftarkan diri ke sekolah berasrama penuh,Sekolah Menengah Sains Johor,Kluang,guru-guru disini benar-benar memberi kesedaran untuk masa depan lia.z...mereka sememangnya telah memberikan sepenuh jiwa mereka untuk membantu anak bangsa.
terima kasih buat semua guru-guru SM sains Johor yang telah mendidik saya untuk menjadi insan yang berguna.Walaupun masih banyak kekurangan,nostalgia mereka masih belum boleh dilupakan.dan nasihat-nasihat mereka jugak boleh dijadikan contoh kepada anak-anak kita kelak.inshaAllah..

Lia.z dapat plkn di Kem Pinggiran Pelangi,Muadzam Shah lepas SPM,so cikgu-cikgu n jurulatih-jurulatih kat sini jugak tidak boleh dilupakan sebab mereka telah membantu kami untuk mengenalpasti diri sendiri,cara bergaul dengan orang lain dan kewarganegaraan..

Next is,cikgu memandu,..hahaha.thanks sebab membantu lia.z tok dptkan lesen.so next boleh jenjalan..weeeeee...

Kemudian,lia.z masuk Johor Matriculation College,ok kat sini pon cikgu-cikgu yang mengajar best dan ramai yang share cerita mereka waktu dekat u.nama pun pre-u..so mereka pon sambil-sambil cerita..dan apa yang mereka cerita tu benar-benar berlaku kat sini.
Seronok sangat..

last but not least,lecturer-lecturer UPSI yang memang terbaik...walaupun kadang-kadang lia.z suka memain dalam kelas mereka tapi lia.z masih boleh lagi terima nasihat mereka.kalau nak list memang ramai sangat..


Sebab tu lah hari guru ini penting untuk semua pelajar,mereka perlu alert dengan jasa-jasa baik seorang guru.Seorang guru juga berkebolehan untuk menjadi semua kerjaya..kerana tangungjawab dan amanah dalam mendidik anak bangsa.

inshaAllah..

assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment