Friday, May 23, 2014

Ke kulim ke kita

Assalamualaikum...

Ke kulim ke kita tu point dia same ngn prgram wak doyok tu..huhu..
Tapi ni versi adik lia.z...lawaklahh dia dan kawannya berjenaka...

Yang paling lawak,lia.z yang dah sem 4 mengaji di upsi kena jadi wakil dia untuk jadi matrician balik..
Dan kesian kat mama n abah,dorang tak tahu menahu pasal dokumen dokumen nak masuk mtrik yang sangat macam-macam tu..

Itulah orang cakap famili first.
Walaupun banyak program menanti lia.z walau dah hujung hujung sem ni,famili always first.
Yes,waktu cutilah ramai orang ajak lia.z turun pergi program..but for me as boarding school ex student,holiday is for family..
Senang citerr,family always first.

Takpelah,just take it positif.semua yang berlaku ada hikmahnya..sayangilah keluarga anda sebelu, anda disayangi oleh org lain bernama suami..huhu..jiwang plak...

Yang seronok berjalan ke kulim ke kita.hehehehe..
Rasa macam nak jugak tarik mama turun langkawi ke,dapat coklat daim sedap gak.

Oklah,nak share sikit je sebab update kat fon je.nak write panjang-panjang macam tak seronok..

Assalamualaikum..

Monday, May 19, 2014

Selamat Hari Guru!!

 assalamualaikum..

sepertinya saya sudah terlambat bu tok beri ucapan..tapi tidak terlambat untuk memberi ulasan berkenaan hari guru....

Selamat hari Guru kepada guru-guru yang telah buat saya hidup pada hari ini...

kalau nak senaraikan guru-guru yang mengajar saya pastilah ramai..
tapi guru yang paling penting dalam hidup saya ialah ibu bapa saya yang juga merupakan seorang guru pencen..
walaupun mereka sudah pencen,masih ramai lagi yang memanggil mereka cikgu midah dan cikgu zul.kalau anda pergi ke segamat,tidak akan sesat jika bertanya pada sesiapa cikgu zul kerana jasa-jasa abah itu buat orang tidak lupa pada dia seorang cikgu..itulah abah ku,seorang yang dipandang tinggi kerana jasanya sebagai seorang guru.
Begitu jugak mama lia.z..masakan kat sekolah itu tidak akan mendapat pujian selagi ibu lia.z tidak memasak selaku ajk makanan di sekolah.Semasa baru-baru sahaja pencen,rakan-rakan sejawat ibu  masih lagi ingin merasa masakan ibu dengan mengupah ibu untuk menyediakan masakan di majlis sekolah.Selain itu,ibu jugak pandai dalam bidang bendahari dan mengira kos dalam sesuatu majlis.

ibu bapa ku juga seorang guru...

Selain itu,guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa,Segamat jugak tidak dilupakan kerana telah mendidik saya dan membantu saya untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam UPSR.Mereka juga telah membantu saya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Setelah berjaya mendaftarkan diri ke sekolah berasrama penuh,Sekolah Menengah Sains Johor,Kluang,guru-guru disini benar-benar memberi kesedaran untuk masa depan lia.z...mereka sememangnya telah memberikan sepenuh jiwa mereka untuk membantu anak bangsa.
terima kasih buat semua guru-guru SM sains Johor yang telah mendidik saya untuk menjadi insan yang berguna.Walaupun masih banyak kekurangan,nostalgia mereka masih belum boleh dilupakan.dan nasihat-nasihat mereka jugak boleh dijadikan contoh kepada anak-anak kita kelak.inshaAllah..

Lia.z dapat plkn di Kem Pinggiran Pelangi,Muadzam Shah lepas SPM,so cikgu-cikgu n jurulatih-jurulatih kat sini jugak tidak boleh dilupakan sebab mereka telah membantu kami untuk mengenalpasti diri sendiri,cara bergaul dengan orang lain dan kewarganegaraan..

Next is,cikgu memandu,..hahaha.thanks sebab membantu lia.z tok dptkan lesen.so next boleh jenjalan..weeeeee...

Kemudian,lia.z masuk Johor Matriculation College,ok kat sini pon cikgu-cikgu yang mengajar best dan ramai yang share cerita mereka waktu dekat u.nama pun pre-u..so mereka pon sambil-sambil cerita..dan apa yang mereka cerita tu benar-benar berlaku kat sini.
Seronok sangat..

last but not least,lecturer-lecturer UPSI yang memang terbaik...walaupun kadang-kadang lia.z suka memain dalam kelas mereka tapi lia.z masih boleh lagi terima nasihat mereka.kalau nak list memang ramai sangat..


Sebab tu lah hari guru ini penting untuk semua pelajar,mereka perlu alert dengan jasa-jasa baik seorang guru.Seorang guru juga berkebolehan untuk menjadi semua kerjaya..kerana tangungjawab dan amanah dalam mendidik anak bangsa.

inshaAllah..

assalamualaikum..

Tuesday, May 13, 2014

Me and broken pieces of glass

assalamualaikum..

broken pieces of glass..
apakah makna semua itu?kaca yang pecah ni maknanya ada malapetaka eh lau dalam drama...

tapi pada lia.z,walaupun kaca tu tajam dan boleh melukakan,kita kena jugak berusaha untuk ambik kaca yang pecah itu sambungkan.Malah,kaca yang pecah itu boleh hasilkan reflection yang lebih banyak berbanding gelas kaca biasa.kalau nak lebih kretif lagi,kesan rekahan itu boleh ditambah dengan warna-warna yang boleh menutupinya.

tidak itu penghujung yang mendapat kebahagian untuk sebuah gelas kaca yang pecah?

begitulah juga kita sebagai seorang manusia,apabila ditimpa musibah.janganlah mudah untuk menyalahkan diri sendiri malah ikhtiar untuk memperbaiki diri.Seterusnya perumpamaan yang lia.z cakap,tambah dengan warna..warna-warna itu mewakili ahli keluarga kita sendiri.Dan yang paling penting sekali ialah memohon doa dengan meminta daripada Allah SWT.
inshaAllah..kelukaan hati itu bakal dibalut..

senang cerita,tengoklah dan hayatilah lagu segenggam tabah ini..

Segenggam tabah

Sunday, May 11, 2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Perancangan,masa dan situasi.

Assalamualaikum

Maaflah jika lame sangat tidak mengupdate blog.lia.z tidak punya masa untuk mempost disini..
sekarang ini pon masih banyak lagi asaimen belum selesai.

Perancangan ini adalah catatan kita untuk lakukan sesuatu.Kita senaraikan segalanya task yang kita nak lakukan samaada pro dan cons sesuatu task itu.
Hah,sebab napa kita kena kenalpasti pro n cons program tu?sebab kadang-kadang apa yang kita rancang itu Allah tak izinkan untuk lakukan sekarang.Jika tidak berlaku sekarang,bukan kerana masalah dari kita,tapi Allah nak jadikan sesuatu benda itu berlaku dengan baik.

Maka itu,kita kenalah bersedia dengan situasi yang kita hadapi setelah melakukan perancangan.


Situasi,

banyak situasi yang boleh berlaku,samaada kita boleh lakukan ia dengan mental dan fizikal.Dalam pengalaman lia.z sepanjang berpersatuan,kebanyakkannya hanya berlaku dari segi mental,kenapa?    Sebab orang suka bertindak ikut emosi.
Kan ada lagu,

fikir sebelum marah,nanti kena jual.

by HAZAMA.

setelah itu,berlaku jurang antara lia.z dengan mereka yang terlalu ikut emosi.Mungkin dia boleh marah orang sebab lakukan kerja yang entah pape,namun setelah dikaji,masih ramai lagi orang-orang mereka yang tidak buat kerja dengan betul.Itulah ikutkan sangat emosi tu.


Dari fizikal pula,adalah kekuatan kita untuk pergi ke sesuatu majlis,adakah hati kita berada di program itu atau dipaksa.Kalau berada disitu,sudah tentu kita kena tahu apa yang kita perlu lakukan.bukan dengan sambil lewa dan tidak menerima pendapat orang lain.
SubhanAllah,lia.z malu dengan seorang rakan yang hanya mahu kita dengar cakap dia tanpa memberi peluang kepada orang lain.

mungkin itu sahaja konklusinya berkenaan perancangan,masa dan situasi.

tidak boleh panjang-panjang.lia.z tidak punya masa yang banyak.yang penting terus hupdate blog yang tak seberapa ini..

assalamualaikum.